Hukum tidak membayar hutang dan kesannya

Assalamualaikum

Bercakap pasal hutang, aku rasa semua orang tahukan, hutang itu memang diharuskan dalam Islam, malah diwajibkan untuk membayar ketika masih hidup dan selepas mati, hutang tersebut wajib dilunaskan oleh waris-waris yang masih hidup.

Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Jika dilihat dari potongan hadis di atas, hutang itu wajid disegerakan ketika kita masih hidup, kerna kita tidak tahu bila kita akan mati. 

Hukum tidak membayar hutang dan kesannya


Hukum tidak membayar hutang

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i.    Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii.   Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii.  Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv.  Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.

Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)". (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.

Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)

Oleh itu, aku harap kepada kawan-kawan seagama aku, segerakan lah membayar hutang, tak kira walau hanya 10sen kita pinjam, sekurangnya minta dihalalkan darinya. Ataupun beritahu waris-waris kita bahawa kita ada berhutang.

 
2 Komentar untuk "Hukum tidak membayar hutang dan kesannya"

Gud info....tq
Sy kalau da berhutang mmg tak suka lama2....Bole jd pening asik pkir kn je....

assalamualaikum, Kak Ika... Sya memang x suke b'hutang lama lama sangat...takut terlupa.. ^-^

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info