Assalamualaikum
Malam nie aku rasa nak kongsi sedikit pengalaman buruk masa teman kawan aku beli kasut untuk pakai ke kelas.
Apa yang aku nak cakap sebenarnya, sekarang banyak kedai yang cuba menjual kasut yang diperbuat daripada kulit babi. Bagi yang beragama Islam, please take note, be carefull before korang try untuk beli kasut, tambah-tambah nak dah masuk bulan ramadan, rata-rata kedai mesti sibuk mendapatkan stok kasut untuk pasaran.
Aku cerita nie, dari pangalaman aku sendiri, walaupun bukan aku yang beli tapi kawan aku yang terdesak nak pakai, kebetulan kasut dia masa tue terputus, then kami pun terus ke kedai kasut (kedai tersebut dirahsiakan).
Biasala kan tengah panic, apa pun tak terfikir...
Kasut tue memang murah dalam RM15, siap ada batu-batu lagi pada lapisan atas kasut tu. Sekali pandang, bagi perempuan memang cantiklah, kalau harga kedai lain aku pergi survey dalam RM25 berbanding kasut yang kawan aku beli tue.
Dah beli sahlah dia pakaikan, dah terdesak kasut asal putus.
Then kami pun balik hostel, tup malam tu ada seorang lagi kawan datang bilik, kebetulan ternampaklah kasut baru kawan aku nie then dia pun bertanyakan " wei lawa kasut hang, berapa RM? ", kawan tu pun jawap " ala murah je RM15 je", terkejut beruk kawan yang sorang lagi, sedangkan dia beli sampai RM25.
Belek punya belek, last terpana pada bintik-bintik 3 yang ada pada lapisan tapak yang kita letak kaki tu kan. Serius, memang banyak kot bintik tu, apa lagi, kawan aku nie pun searchlah google, dah ustaz kami pun ada pesan jangan ingat makan je kena ada cop halal, tapi benda lain pun be carefull.
Lepas kami check, memang confirm, kasut itu dari kulit babi, esoknya kami pun pergi semula dekat kedai tersebut, jumpa balik jurujual melayu yang kami beli tu, minta tukar ke kasut lain. Nak tukar yang baru tue pun berjam-jam kami check....hahaha...euwwww, serik aku nak beli kasut lepas nie.
Biar mahal asal terjamin selamat.
Kat atas nie contoh kasut yang aku ambik dari google, cuba tengok bintik-bintik 3 yang aku cakap tu, sebijik macam kasut kat atas tu hah, cuba dibahagian lapisan tapak.
Lagi satu, apa yang aku pernah baca, kasut yang diperbuat daripada kulit babi jauh lebih murah dari kasut biasa, so kalau nak raya nanti, tengok betul-betul dulu beli, jangan tengok cantik je terus bayar. Kang terkena ! orang mandi sunat hari raya, korang mandi air samak.
Sekadar perkongsian :)
7 Komentar untuk "Berhati-hati memilih kasut ketika musim perayaan"
waa pakai selipar jepun jer, pergi surau or masjid hati tarak bimbang kena curik..
info berguna :D
sue pon dah kena.. kat london mmg banyak kulit babi, last week, sue nak beli casing phone, harga mahal 10pound, then sue minta kurang dia bagi 5 pound, pelik betol kenapa murah sgt, tak pikir panjang terus grab, sebab casing tu cantik, tup tup balik tu baru tahu tu casing kulit babi.. melayang 5 pound aku Y_Y
wah.. perkongsian yang best.. er.. dah banyak kasut dah.. :'( baru tahu sekarang.. tq for sharing
@Kaki Sembang pergi masjid mmg xpyh pakai hok lawa2...sah keluar xdak jumpa dh.. nie kot nak pergi jalan2 xkn nk pakai selipar ja kot
@suhadah saad naseb sue tahu jugak...setengah sampai ke sudah xtahu..so kita kena hati2 sekarang, perniaga dh pandai nk tiru,
@yaya c domo same2 :)
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.