Cikgu harimau, murid jadi mangsa

Assalamualaikum

Kekejaman guru kini - Semakin menjadi-jadi pula fenomena cikgu menjadikan murid mangsa kemarahannya. Apa sudah berlaku ini wahai cikgu ? Kalau zaman aku dulu, tak de pula cikgu-cikgu yang bertindak sekejam ini.


Terbaru Amarah cikgu harimau 

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.

Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.


 LENGAN kanan Issac lebam dipukul.

Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.


Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif".

2 Komentar untuk "Cikgu harimau, murid jadi mangsa"

guru tusyen rupanya..nak jadi guru tusyen tak masuk maktab perguruan pon boleh mintak..orang yg nak jadi cikgu tapi tak dapat..jadi guru tusyen pon jadi lah..

Kesian budak tu.. confirm trauma.. please hentikn pderaan kpd kanak2... ~~

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info