Malaysia Social Media Week 2014 -penghargaan buat para blogger

Assalamualaikum

Malaysia Social Media Week 2014 - Kini kembali. Hampir 3 tahun berturut-turut program ini dijalankan bermula tahun 2012. Program ini diadakan bagi memberi penghargaan dan menyatukan para blogger Malaysia yang datang ke program tersebut.


Bagi mereka yang belum mencalonkan diri dalam MSMW 2014 ini boleh berbuat demikian, tarikh terakhir adalah pada 31 Januari 2014. Tujuan utama Media Social Week ini adalah untuk:-
  • Menambahkan pengetahuan dan perkongsian ilmu blogging bersama blogger yang lain.
  • Mengumpulkan kenalan antara blogger, usahawan internet dan pengama sosial media.
  • Memperkenalkan (promosi) blog anda kepada umum bagi mereka yang belum tahu kewujudan blog anda.
  • Memberi penghargaan kepada para blogger.
  • Memberi peluang kepada blog anda untuk dikenali oleh syarikat advertiser di luar sana.
Kategori yang dipertandingkan MSMW 2014
Sebanyak 14 kategori yang dipertandingkan dalam MSMW 2014 ini dan anda boleh lihat senarai kategori tersebut dibawah ini. Dan aku mencalonkan blog ini untuk kategori Best Lifestyle blog dengan persaingan yang hebat-hebat belaka. 
  1. Best Auto Blog
  2. Best Business Blog
  3. Best Celebrity Blog
  4. Best Music & Entertainment Blog
  5. Best Educational Blog
  6. Best Foodie Blog
  7. Best Gossip Blog
  8. Best Photography Blog
  9. Best Gadgets Blog
  10. Best Shopping Blog
  11. Best Sports Blog
  12. Best Travel Blog
  13. Best Lifestyle Blog
  14. Best Micro Blog
Anda boleh daftarkan blog anda di - Nominate sebelum bermula tarikh pengundian pada 2 Februari 2014. Tidak salah jika anda mendaftarkan blog di MSMW 2014 tersebut walaupun anda masih baru dalam dunia blogging, sekurangnya mereka yang melihat mengetahui kewujudan blog anda.

Kriteria pemenangan yang dipilih
  • Aktif di blog atau media sosial.
  • 80% markah daripada undian terbuka. 
  • 20% markah daripada juri & penganjur
Untuk, pastikan anda rajin untuk mempromosi MSMW2014 sepanjang tempoh berlangsungnya pertandingan ini.

Kategori "Best Lifestyle Blog" dipertaruhkan


Jika anda yakin kebolehan yang ada dalam blog ini. Anda boleh VOTE . Marilah kita memberi sokongan kepada semua para blogger Malaysia. Ingat masih belum terlambat untuk anda calonkan blog dalam mengikut kategori dia atas - #MSMW2014.

Menang kalahkalah itu adat pertandingan, so tak perlulah kecewa kerana pengalaman itu lebih berharga dari segalanya. Jalinan erat dan persahabatan antara blogger itu lebih bernilai. 


1 Komentar untuk "Malaysia Social Media Week 2014 -penghargaan buat para blogger"

Semoga berjaya bro.... kategori ini ramai yang join. Insya Allah akan saya vote buat anda.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info