Tahniah Scha Al Yahya bakal bergelar ibu

Assalamualaikum

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat, sebagai bukti cinta mereka. 

Scha Al Yahya bakal bergelar ibu

Begitu juga kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang kini sedang mengandung. Scha dan Awal telah mendirikan rumahtangga sekitar Mei 2012. Kalau anda mengikuti Instagram suami isteri ini, anda pasti akan perasan semenjak dua menjak ini Scha sering demam dan jatuh sakit. Menurut Syed yang menulis artikel kehamilan Scha semalam, sakit-sakit yang dialami oleh pengacara Muzik-Muzik ini adalah kerana pembawakan anak di dalam perut. Logik juga kan?


Kini suaminya sendiri Awal Ashaari mengesahkan berita gembira tersebut kepada umum menerusi laman facebooknya atas perkhabaran ini. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, Awal memaklumkan yang kehamilan isterinya sudah pun memasuk trimester kedua.

Pastinya Awal dan Scha kini sedang dalam keadaan teruja. Patutlah Scha banyak demam-demam kebelakangan ini. Semoga segalanya berjalan lancar buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat Awal dan Scha.


1 Komentar untuk "Tahniah Scha Al Yahya bakal bergelar ibu"

Alhamdulillah.. tumpang gembira ntuk Mereka Dan tahniah diucpkan ^^

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info