Ajai belanjakan RM28,000 untuk mancungkan hidung

Assalamualaikum

IMEJ terbaharu komposer dan penyanyi Ajai mengejutkan banyak pihak. Bukan sahaja tampak lebih muda dengan badannya yang semakin sasa, bahkan hidungnya yang berubah semakin mancung turut meraih perhatian.

Bertemu dalam satu sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, penulis mengamati wajah lelaki yang bakal berusia 40 tahun pada 15 Mac depan ini.

Memang benar, wajah Ajai atau nama sebenarnya, Mohd. Faizal Maas semakin berubah, jika sekali imbas pasti ada yang tidak mengenalinya selain fesyennya yang mengikut trend terkini.

Ajai belanjakan RM28,000 untuk mancungkan hidung

Bakal tampil dengan album kompilasi Republik Ajai dan kini popular dengan lagu Aduh, Ajai tidak melatah mahupun marah apabila diajukan soalan berhubung perubahan imej secara mendadak itu. 

Kata Ajai, dia mempunyai sebab yang kukuh untuk mengubah imej dan membedah hidungnya dengan kos RM28,000.

Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya.
Kosmo!: Benarkah Ajai membedah hidung kerana ramai berpendapat hidung anda kelihatan lebih mancung berbanding dulu?
AJAI: Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.
Kosmo!: Mengapakah anda mengambil keputusan drastik untuk membedah hidung? 
AJAI: Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa. Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang.
Kosmo!: Sebelum ini anda tidak pernah cuba rawatan alternatif lain?
AJAI: Sudah cuba tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagi menggelak masalah berlarutan saya makan ubat tetapi doktor kata kalau sentiasa ambil ubat akan merosakkan buah pinggang.
Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung.
Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti.
Kosmi!: Tidakkah anda kekok dengan pandangan orang terhadap hidung baharu anda? 
AJAI: Saya tidak kisah apa orang nak cakap asalkan saya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa. Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini. 
Kosmi!: Anda juga kelihatan lebih sasa sekarang. Apakah tujuan anda membina badan, adakah untuk kelihatan muda?

AJAI: Bagi saya usia hanya sekadar angka, kita tidak perlu membuat diri kita terasa tua. Saya mula konsisten ke gim sejak setahun lalu, tujuan bukannya nak membina otot ketul-ketul tetapi sekadar untuk menjaga kesihatan diri dan badan nampak elok apabila menyarung pakaian. Secara tidak langsung akan nampak lebih sihat dan muda. Selain itu, saya juga terlibat dalam filem Tokan 2 yang memerlukan banyak adegan lawan sebab itu badan saya harus nampak sedikit sasa.
Kosmo!: Sebelum ini anda sering menghasilkan lagu yang bertaraf anugerah, tidakkah anda terasa tertinggal apabila mencipta lagu Aduh yang kedengaran seperti lagu Indonesia? 
AJAI: Lagu Aduh itu sepatutnya dimasukkan dalam album solo pertama saya berjudul 4/4 yang akan dikeluarkan pada bulan Jun depan. Bagaimanapun, album kompilasi saya Republik Ajai keluar terlebih dahulu dan bagus untuk pendengar mengetahui saya ada produk baharu.  
Sejujurnya, saya tidak rasa ketinggalan kerana lagu yang saya gelar sebagai genre M-Pop atau Pop Melayu itu mengikut kehendak pasaran.
Kalau pergi ke pusat karaoke, lagu-lagu lama yang jadi pilihan dan itu genre M-Pop. Muzik adalah universal, kita tidak boleh kata itu muzik Indonesia dan ini muzik Malaysia. Alhamdulillah, lagu Aduh diterima baik oleh peminat, bermakna kajian saya selama empat tahun adalah tepat.
Kosmo!: Khabarnya, anda meluaskan sayap seni sebagai pengacara pula kenapa? 
AJAI: Sekadar untuk mencuba sebenarnya, program bual bicara kelolaan saya yang dinamakan Jemput Masak Chef akan mula bersiaran bermula 12 Februari setiap hari Khamis pukul 6.30 petang di TV3. 
Pengalaman pertama saya sebagai pengacara sungguh seronok, walaupun berbeza dengan kerja sebagai komposer dan penyanyi.
Sepanjang rakaman, saya tidak diberikan skrip, jadi pandai-pandailah saya bercakap dengan tetamu. Syukur tetamu yang dijemput semua rakan-rakan sendiri seperti Rozita Che Wan dan Zain serta Fasha Sandha dan Jejai, jadi tidaklah rasa kekok sangat.


Biarlah dia nak mancungkan hidung ke, tembamkan pipi ke, yang penting dia gunakan duitnya sendiri. Ada duit semua jalan. Asalkan ia tidak memudaratkan kesihatan sudah.



1 Komentar untuk "Ajai belanjakan RM28,000 untuk mancungkan hidung"

salam. huisshh tak sangka pulak haha

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info