Khairul Fahmi kini bergelar bapa kepada puteri sulungnya

Assalamualaikum

Sebelum ini Leuniey Natasha, isteri kepada penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi ataulebih dikenali sebagai Apex banyak berkongsi gambar 'baby bump’ yang kian membesar. 

Malah melalui foto-foto lain yang dikongsikan Leuniey di Instagram, terdapat segelintir peminat membuat andaian bahawa bayi yang dikandung Leuniey adalah perempuan kerana wajahnya yang kurang berseri sejak akhir-akhir ini. 

Namun andaian itu tidak pasti sama ada boleh digunapakai atau sebaliknya, kononya jika seorang ibu mengandung tidak suka bermekap dan mukanya kelihatan sembab, itu bermakna mereka bakal menimbang cahaya mata perempuan, kerana keserian itu akan pergi kepada baby tersebut.


Nampak gayanya, andaian yang dibuat oleh peminatnya adalah benar, dimana pasangan muda ini telah pun menimbang cahaya mata perempuan. 

Tahniah buat Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha semoga kehadiran puteri sulung mereka menambah lagi keceriaan dan kebahagian rumah tangga mereka. InsyaAllah
0 Komentar untuk "Khairul Fahmi kini bergelar bapa kepada puteri sulungnya"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info