Pasangan Malaysia di Sweden didakwa esok

Assalamualaikum

Pasangan Malaysia di Sweeden | Seperti yang telah kita ketahui kisah mereka yang mana dikatakan telah memukul tangan anak lelakinya yang tidak solat diketahui oleh jiran dan mereka ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Hampir dua bulan mereka telah ditahan, dan kini pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweeden bagi membolehkan siasatan terhadap insiden itu dijangka didakwa di Mahkamah daerah Stockholmpada 10 Februari (esok ).



Kristofer Stahre, peguam bagi Shalwati Nurshal, ibu kanak-kanak itu, berkata pendakwa, Anna Arnelle memberitahu beliau (Stahre) bahawa ia akan mengemukakan dakwaan itu terhadap pasangan berkenaan.

“Jika pendakwa mengemukakan dakwaan, beliau (Anna) berkemungkinan besar akan mengemukakannya terhadap kedua-dua ibu bapa itu.

“Dakwaan itu akan menjadi rasmi pada 10 Februari, jam 11.00 pagi (6ptg waktu Malaysia) dan anda (media) boleh mendapatkan pengesahan perkara itu dengan menghubungi mahkamah daerah atau pejabat pendakwa,” katanya kepada Bernama menerusi e-mel Ahad.

Stahre berkata anak guamnya akan mencabar dakwaan itu.

 
0 Komentar untuk "Pasangan Malaysia di Sweden didakwa esok"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info