Promo Filem Sejola 2014

Assalamualaikum

Sinopsis Filem Sejoli 2014

Filem Sejoli mengisahkan cerita perjalanan Joe (Bront Palarae) ke Phuket setelah hatinya hancur disebabkan ditinggalkan Nita (Izara Aishah). Semasa ke sana, Joe bertemu dengan Gina (Maya Karin) yang turut ke Phuket selepas ditinggalkan kekasihnya Hardy (Remy Ishak). Selepas berlaku beberapa insiden yang menyatukan mereka, mereka mendapat tahu bahawa mantan kekasih mereka, Nita dan Hardy sedang bercinta.


Mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, tapi dalam pada masa yang sama mereka masih gagal untuk melupakan bekas pasangan mereka. Dan, apabila mereka mendapat tahu yang Nita akan berkahwin dengan Hardy, mereka bercadang untuk merosakkan perkahwinan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula bekas pasangan masing-masing.

Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Joe dan Gina dengan harapan hubungan Nita dan Hardy akan berakhir bersama bantuan sahabat baik mereka Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin) sehingga tibanya hari pernikahan Nita dan Hardy.

Berjayakah misi mereka? Dapatkah hubungan cinta yang lama dikembalikan? Saksikan filem pembuka tirai tahun baru bagi Grand Brilliance, SEJOLI, mulai 20 Februari di pawagam berdekatan anda.

Promo Filem Sejoli 2014





0 Komentar untuk "Promo Filem Sejola 2014"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info