Datuk Aziz Sattar disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung

Assalamualaikum

 

Kalau anda peminat bujang lapuk, pasti anda mengenali seniman yang tidak lekang dengan jenakanya. 

Dalam usia 89 tahun, pelakon veteran yang sangat popular dengan lakonan-lakonan filem arwahyarham P.Ramlee seperti sequal filem "Bujang Lapok" iaitu Datuk Aziz Sattar telah meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor dalam pukul 2.00 pagi, 6 Mei 2014.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz Sattar menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 4 Mei 2014 lalu akibat diserang penyakit jantung. Jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital. Sandakiah berkata, keluarganya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini (6 Mei 2014).

Sejarah ringkas :
Bintang lagenda ini yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ini juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.
Allahyarham juga pernah mengarah beberapa buah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Allahyarham Pak Ajis pernah empat kali berkahwin, termasuk bersama seniwati Dayang Sofia yang merupakan isteri keempatnya (bercerai) dan hasil daripada empat perkahwinannya itu beliau telah
dikurniakan tujuh orang anak.

Allahyarham juga telah berkahwin buat kali kelima pada 16 Disember 2006 dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

Al-Fatihah

 

0 Komentar untuk "Datuk Aziz Sattar disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info