Assalamualaikum
Tahukah anda bahawa minum atau makan sambil berdiri boleh mendatangkan bahaya pada tubuh badan kita? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah
perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh
mereka.
Biologikal Manusia
Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney).
Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter).
Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini
maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease)
yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.
Perspektif Sains
Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar
Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas
terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;
“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan".
Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat
kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;
“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.
Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.
Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul".
0 Komentar untuk "Kesihatan - Larang minum air sambil berdiri"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.