Assalamualaikum
Uhm! Difahamkan kucing adalah haiwan kesayangan Rasullullah. Kucing juga adalah binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja dan comel membuat semua yang melihatnya mahu memilikinya sebagai haiwan peliharaan. Aku juga tidak terkecuali. Malah, haiwan ini sering menjadi teman manusia sejak dahulu lagi serta penjagaannya juga sangat mudah.
Andai kita tahu, sebenarnya banyak manfaat yang dilahirkan dari haiwan comel ini. Manfaat yang utama adalah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala, ini kerana Rasullullah sendiri menyayangi kucing. Jadi, kasih sayang yang diberikan ini adalah amalan mengikut Sunnah nabi dan segala amalan sunnah yang diikuti akan diberi ganjaran.
Blogger Pencinta Kucing
Kucing bukan saja boleh jadi pets, adakala dia juga boleh menjadi teman mendengar keluhan manusia. Memang dia tak faham apa yang kita cakap, tapi bila tengok wajah kita, seolah-olah dia memahami apa kita sampaikan, cuma dia tak boleh bercakap. Kalau dia bercakap, mesti akan kata, "hari-hari ikan kembung, tak benda lain ke nak bagi". Hah! susah kot.
Ada satu pages kami pencinta kucing, selalu menguplod gambar-gambar kucing yang teraniaya, disiram air panas, dibuang dari bangunan tinggi, apakah haiwan ini berdosa kepada anda?
Haiwan tak punya akal, kalau dia ada akal, aku rasa dia pun rasa malu nak meminta-minta kat orang. Tapi Allah, kurniakan dia tidak berakal untuk dijadikan kawan kepada manusia.
0 Komentar untuk "Blogger Pencinta Kucing"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.