Kelebihan Menyertai Contest SEO

Assalamualaikum

Kelebihan Menyertai Contest SEOApa sebenarnya kelebihan menyertai contest seo ini? Huh! pasti ramai mempunyai pandangan peribadi tersendiri. Mungkin ada yang berpandangan, cabaran seo ini dapat menguji keberkesanan dan kemesraan seo blogspot anda di carian google. Tak cukup dengan itu, ada yang beranggapan contest seo ini dapat mendatangkan hadiah yang lumayan jika anda adalah juara contest seo.

Di awal tahun 2015 ini, terdapat dua contest seo yang sedang berjalan menuju pengakhirannya. Ramai pakar seo Malaysia yang sedang berentap menerbit dan mengoptimalkan keyword dalam entri masing-masing. bagi anda yang belum lagi sertai, boleh rujuk contest seo di bawah ini;
  1. Jom Aktifkan Mykad
  2. Malaysia Best Blog 2015
Apa saja pandangan anda mengenai kelebihan contest seo ini, dibawah adalah jawapan mudah tentang kelebihan seo yang menjadi persoalan ini.

Apa itu Seo sebenarnya..


Kelebihan Menyertai Contest SEO

Bila anda menyertai sebarang contest seo, anda akan lebih alert mengenai apa itu sebenarnya seo. Setiap peserta akan cuba menghasilkan entri yang terbaik untuk meletakkan blog anda di ranking pertama carian google.

Malahan, inilah masa yang terbaik untuk anda belajar mengenai tips dan teknik seo daripada pakar seo dan mencuba pelbagai panduan seo blogspot daripada rakan bloggers lain. Contest seo juga merupakan platform yang paling sesuai untuk anda mencuba skill seo secara tidak langsung. Malahan, anda akan lebih berhati-hati menghasilkan gaya penulisan yang terbaik bukan?

Pelajari Ilmu Seo Dengan Lebih Mendalam


Dari anda kosong mengenali apa itu seo, sehinggalah anda cuba mendalami ilmu seo. Di sini, timbulnya perasaan minat terhadap seo. Malah, anda juga akan cuba untuk menyelongkar sedikt demi sedikit pengetahuan tentang seo.

Anda juga boleh gunakan cabaran seo ini sebagai platform untuk anda belajar sesuatu yang baru dan cuba praktikan apa yang anda sendiri ketahui. Jangan hanya tahu memberi teori, tapi sendiri tak pratikkan. 

Sepanjang berlangsungnya contest seo ini, anda boleh mengkaji apa yang dilakukan oleh persaing anda. Bagaimana bermain dengan keyword? cara pengolahan entri yang baik.


Kelebihan Menyertai Contest SEO - Kata Aku


Sebenarnya banyak kelebihan yang anda boleh dapat daripada contest seo ini, sama ada dari segi ilmu seo, gaya penulisan dan sebagainya. Tambahan lagi, anda akan memperolehi rakan kenalan dari blogger yang turut sama menyertai contest seo ini.

Bagi aku, contest seo ini memberikan aku cabaran dan minat mendalam untuk mempelajari lebih lagi mengenai ilmu seo ini berbanding hadiah yang ditawar. Kalau menang itu adalah bonus.

3 Komentar untuk "Kelebihan Menyertai Contest SEO"

dari kontest boleh menambahkan rangkaian blogger..

Dengan menyertai contest terutama contest SEO membei pengalaman yang paling berharga terhadap tahap tip dan teknik yang kita amalkan dan cuba mencari sesuatu yang baru bagi memenang contest tersebut.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info