Assalamualaikum
10 laluan menjadi guru. Teringat pula zaman STPM aku dahulu. Rata-rata rakan sebaya aku berminat nak jadi seorang guru, sedangkan aku pula bercita-cita untuk bekerja di bawah jabatan Zakat. Huh! ikut kawan punya pasal, aku pun letaklah empat kos pilihan berkaitan perguruan di borang UPU online.
Beberapa bulan kemudian, dapat pangilan untuk duduki ujian Medsi di maktab penguruan Kampus Kangar. Walaupun diberi masa 1jam untuk 300 soalan. rasanya setengah jam pun aku dh siapkan. Mana taknya, langsung tak minat dengan cikgu.
Lepas itu, aku diberitahu berjaya dalam ujian Medsi, kemudian dipanggilnya untuk sesi temuduga penguruan untuk kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Uhm! di sini lah, baru aku sedar, aku sebenarnya tak layak menjadi seorang guru. Aku gagal dalam temuduga penguruan terbebut.
Tidak lama lepas itu, semak semula UPU online..
Alhamdulillah, aku berjaya memasuki Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran Muamalat. Jadi, moralnya di sini, setiap apa yang kita usahakan serta minat yang mendalam. Allah akan permudahkan perjalanan kita.
10 Laluan Menjadi Guru
Untuk adik-adik yang baru saja mengambil dan bakal terima keputusan STAM, STPM, SPM dan seangkatan dengannya, malah anda pula bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Di sini ada 10 laluan untuk anda menjadi seorang guru, mendidik anak bangsa.
Pilihan ditangan anda, jangan hanya bercita-cita tanpa usaha yang tinggi. Terkejutkan, tak sangka banyak laluan sebenarnya untuk anda menjadi seorang guru. Cuma, semuanya bermula dengan pilihan anda.
Cikgu aku pernah pesan, kalau kita minat sesuatu, usahakan, jangan ikut kawan. Sebab minat kita takkan dengan minat mereka. Dan jika, anda berjaya menjadi seorang guru kelak, didiklah anda bangsa kita menjadi manusia yang berguna.
Tahniah! kerana memilih guru sebagai kerjaya anda.
1 Komentar untuk "10 Laluan Menjadi Guru"
btul tu , pilih apa yg kita suka . tp masalahnya sy smpai skrg tatau apa yg sy minat :((
http://puanmarvelous.blogspot.com/2015/01/segmen-pencarian-bloglist-oleh-mrs.html
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.