Pengalaman Ambil Test Muet

Assalamualaikum

Pengalaman Ambil Peperiksaan MuetTeringat lagi masa aku ambil peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) tahun 2009. Masa tu, aku berada di tingkatan enam atas. Peperiksaan ini, dijalankan selama dua fasa di sekolah tersebut. Oleh sebab exam ini terbahagi kepada empat bahagian ( reading, writting, listening dan speaking), maka fasa pertama, kami diberikan ujian; reading, writting dan listening.

Untungnya masuk tingkatan enam ni, MUET dijadikan sebagai subjek wajib yang tersenarai dalam jadual waktu. Jadi tak ada istilah "tak tahu apa itu MUET", sebab cikgu siap, sediakan buku latihan, dan contoh-contoh soalan MUET untuk speaking bagi pelajarnya. Best kan?

Persediaan Sebelum Menjalani Peperiksaan MUET

Sebelum menjalani peperiksaan MUET, anda wajib tahu kompenan penting dan jumlah markah bagi setiap kompenan tersebut, dan markah keseluruhannya adalah 300 markah iaitu Band 6.
  1. Listening - 45 markah
  2. Speaking - 45 markah
  3. Reading - 120 markah
  4. Writting - 90 markah

Pengalaman Ambil Test Muet

Jadi, cikgu pun sarankan kami, berikan fokus pada kompenan yang markahnya lebih tinggi iaitu reading, kemudian writting. Bila esoknya kami bakal menjalani peperiksaan MUET, maka cikgu akan berikan kami tip-tip persediaan sebelum menghadapi ujian sebenar MUET seperti :
  • Ulangkaji buku latihan muet. Walaupun bukan soalan tersebut yang masuk, sekurang kita dah tahu contoh soalan yang bakal diberikan.
  • Minum air sebelum tidur dan tidur secukupkan. Supaya bangun esok, badan kita rasa lebih segar.
  • Datang awal ke tempat peperiksaan.
  • Elakkan perasaan takut dan gementar semasa menjalani peperiksaan Speaking.
  • Elakkan duduk dibahagian belakang semasa ujian Listening, supaya kita dapat mendengat dengar jelas.
  • Semasa ujian writting, garis dan draf kan dahulu ayat penting sebelum mula mengarang.
  • Bila ujian reading, baca dengan kuat dan jelas walaupun anda sebutan anda tidak tepat.
Kenapa Perlu Ambil MUET ?

Malaysian Universiti English test ini diwajibkan ke atas semua pelajar pra universiti di Malaysia dan pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang ingin memohon untuk mengikuti ijazah pertama di institut pengajian tinggi tempatan wajib menunjukkan bukti bahawa anda telah pun mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

Jadual Ujian MUET Tahun 2015

Pengalaman Ambil Test Muet

Jadi, bagi adik-adik yang nak masuk universiti bagi mengikuti ijazah pertama, jangan lupa tarikh tutup pendaftaran MUET tahun 2015 adalah pada 13 Februari 2015 bagi sesi Julai ini.


2 Komentar untuk "Pengalaman Ambil Test Muet"

Cuak muet ni time 4 orang tu la..kene speaking bi..hahha

tak pernah lagi amek . tp selalu dgr2 je orang yang amek muet ni

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info