Video Perkahwinan DingDong Dan Marian Rivera

Assalamualaikum

Video Perkahwinan DingDong Dan Marian RiveraJika anda penonton tegar drama bersiri Filipina, sudah pasti nama pelakon ini DingDong Dantes dan Marian Rivera tidak asing lagi untuk anda bukan? Marimar, Panga Ko Sayo, Sana'y Wala Nang Wakas, Dangerous Love anda drama yang lakonkan pasangan ini sebagai watak utama.

Cinta Lokasi 5 Tahun 

Cinta lokasi 5 tahun lepas, telah membuahkan bibit-bibit cinta buat pasangan ini. Ini adalah hadiah buat penonton, yang mahukan pasangan merpati dua sejoli ini bersama sebagai pasangan suami isteri bukan hanya di lokasi, tetapi dalam kehidupan sebenar.

Mereka mula bertemu pada tahun 2007, setelah digandingkan bersama dalam drama adaptasi tempatan. Selepas itu, mereka pernah berlakon bersama dalam drama Dyesyebel pada tahun 2008.

Tahniah buat DingDong Dantes Dan Marian Rivera

Video Perkahwinan DingDong Dan Marian Rivera
 
Berita baik buat peminat pasangan selebriti yang berpengaruh ini, apabila dikhabarkan telah pun bergelar suami isteri dalam majlis gilang gemilang selepas 5 tahun bercinta. Dalam majlis yang dihadiri oleh para kenamaan dan barisan selebriti, DingDong Dantes dan Marian Rivera saling bertukar lafaz setia dan sumpah setia untuk bergelar suami isteri di Immaculate Conception Cathedral, Quezon.

Beberapa gambar perkahwinan mereka, dan aktres Marian Rivera sangat menyerlah dengan gaun rekaan Micheal Cinco.

Video Perkahwinan DingDong Dantes dan Marian Rivera





0 Komentar untuk "Video Perkahwinan DingDong Dan Marian Rivera"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info