Perjalanan Falisha Crossley Dalam Bidang Seni

Assalamualaikum

Perjalanan Falisha Crossley Dalam Bidang SeniSiapa sangka wanita bertubuh genit serta perwatakannya yang keanak-anakan, malah wajahnya yang comel ini telah pun melangkah ke gerbang usia 30-an tahun ini.

Pelakon comel ini adalah anak kelahiran Serawak, yang berjaya memegang watak sebagai Juliza dalam drama Istikharah Cinta bersama barisan pelakon popular Zul Ariffin dan Faye Kusairi

Falisha Crossley atau nama sebenar beliau, Nur Falisha Crossley Faisal, 30, memulakan karier seni di usia yang lewat. Menurutnya lagi, bidang seni adalah sesuatu yang beliau suka sejak kecil lagi, malah pernah menyertai Citrawarna dan peragaan fesyen, tetapi tidak pula terfikir akan terus terbabit dalam bidang nie secara serius. Kerana beliau langsung tidak tahu manakah saluran untuk memasuki bidang hinggalah pertengahan tahun 2010, beliau terpilih membintangi Iklan Raya Finas.

"Itu pun sepupu saya yang minta dihantarkan profil, kemudian pengurus produksi memanggil saya untuk ke uji bakat, kemudian terpilih", - Katanya.

Perjalanan Falisha Crossley Dalam Bidang Seni 

Katanya lagi, kemudian dia ditawarkan berlakon dalam beberapa iklan komersial sekali gus membuka peluang untuknya berlakon dalam drama.

Perjalanan Falisha Crossley Dalam Bidang Seni

Di awal usia yang agak lewat memulakan karier, Falisha Crossley membuktikan tiada apa selagi ada kesungguhan dan kemahuan. Sebelum ini, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perakaunan, di Universiti Teknologi Mara (UITM), tidak pernah merasakan terlewat, bahkan bersyukur dengan usahanya

Katanya lagi, kemudian dia ditawarkan berlakon dalam beberapa iklan komersial sekali gus membuka peluang untuknya berlakon dalam drama.

Wanita kacukan Inggeris-Cina ini ketika ditanya apa keistimewaan yang dimilikinya menonjolkan setaraf nama-nama besar lain, nyata dia tidak mampu menjangka sejauh mana namanya dikenali walaupun sudah membintangi 10 drama.

Jadi, jika ingin melihat lakonan mantap Falisha Crossley sebagai Juliza, jangan lupa tonton Drama Istikharah Cinta. Setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang di TV3.

1 Komentar untuk "Perjalanan Falisha Crossley Dalam Bidang Seni"

sy jatuh hati dengan falisha :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info