Rahsia Menjadikan Template Blogspot Valid HTML5

Assalamualaikum

Rahsia Menjadikan Template Blogspot Valid HTML5Menjadikan template blogspot valid HTML5 dan mesra seo adalah dambaan setiap blogger. Apa kelebihan blog valid HTML5? 

menurut pakar seo, jika template blog anda valid html5 maka blog ini akan mudah dibaca oleh user (pengguna dan pengunjung) serta mudah dikenali dan diindeks oleh enjin carian. Hah! bunyi macam best kan. Anda boleh gunakan validator.w3.org untuk menyemak template blogspot valid html5.

Tambahan lagi, anda boleh check sama ada keyword, description, H1, H2, H3 dan lain-lain 100% seo atau tidak semak di sini - Chkme.com.

Rahsia Menjadikan Template Blogspot Valid HTML5

Blog valid html5 sangat bagus untuk masa depan dan kejayaan blog anda. Kerana seluruh internet browser utama seperti Firefox, IE, Opera, Chrome, Safari menyokong template blogspot valid html5.

Rahsia Menjadikan Template Blogspot Valid HTML5

Dengan semakan W3C, aku dapati blog bakul2011.com ini terdapat 6 errors dan 3 warning (s), yang tidak valid HTML5. Uhm! nasib baik sikit. Hoho.. sekarang kita lihat rahsia untuk menjadikan template blogspot ini valid html5.

Cara membuat template blogspot valid html5
  • Buka template html blogspot, tukar "html" menjadi "HTML" (huruf besar). Ia terdapat di awal template dan akhir template anda.
  • Buang semua code <b:include name='quickedit'/> dalam blog anda yang berbentuk seperti skru-driver.
  • Gantikan code "< center >" untuk menjadikan gambar berada dikedudukan tengah, tetapi gantikan dengan cara CSS menggunakan code ini -  " <div style='text-align:center;'> ".
  • Semasa memasukan gambar dalam blog, gantikan code - " border="0" " dalam gambar tersebut kepada - " style="border:none" " agar valid html5.

Rahsia Menjadikan Template Blogspot Valid HTML5

Inilah kesannya bila template blog anda valid html5. Itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan untuk anda. Bab lain tu rasanya agak rumit sikit, kalau tersilap, memang buruk akibatnya.

Aku nasihatkan, apa saja yang anda edit, pastikan anda backup dulu. Manala tahu, kalau-kalau terjadi benda tak diingini kan.


1 Komentar untuk "Rahsia Menjadikan Template Blogspot Valid HTML5"

Sebelum ni tak faham macam mana template mesra SEO, rupanya perlu HTML5.. hehe

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info