Tanam Kaktus Kalau Malas Bela Pokok

Assalamualaikum

Tanam Kaktus Kalau Malas Bela PokokMenurut mitos, kaktus nie berasal dari perkataan Yunani iaitu tumbuhan berduri. Manakala mengikut sejarah, kaktus ni telah tumbuh 100 juta tahun yang lalu. Ehh.. lamanya. Asalnya kaktus mempunyai bentuk luaran (badan) yang tinggi dan besar. Kemudian, belaku kemusnahan kaktus, akibat letusan gunung berapa dikawasan asalnya ( Benua Amerika ).

Ohh...kalau kita tengok dalam TV, kawasan gurun panas banyak terdapat pokok kaktus yang berduri dan badannya besar. Kadang-kadang tu, sampai tinggi dari orang yang dekat dengan dia. 


Pokok Kaktus lebih mudah dijaga

Kaktus ini adalah tanaman yang paling mudah dijaga. Malah sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan tiada kelapangan untuk menyiram. Sebab, kaktus tidak perlu disiram terlalu kerap. Kekerapan menyiram, boleh menyebabkan ia reput dan mati. Hah..mudah kan nak jaga?

Tanam Kaktus Kalau Malas Bela Pokok
Tanam Kaktus Kalau Malas Bela Pokok

Mini kaktus ini, aku beli dari Cameron Highland masa aku belajar di Universiti dulu. Hampir setahun juga la aku jaga, sampai la sekarang masih lagi hidup. Aku cuma siram tiga hari sekali, sebab pokok kaktus ini menyimpan banyak air dalam dau, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan panas. Jadi, kalau kata hari-hari anda siram, banyak la air dia akan simpan, kelaman dia akan jadi lembik dan rosak dalaman. 

Kenapa duri kaktus tajam ?

Duri yang tajam itu sebenarnya memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya. Duri yang tajam itu dapat menghalang dan mempertahankan diri daripada ancaman haiwan pemakan tumbuhan (di kawasan kering). 

Tanam Kaktus Kalau Malas Bela PokokTanam Kaktus Kalau Malas Bela Pokok

Tambahan lagi, kalau anda tinggal di kawasan perumahan, ruang halaman yang padat, membataskan hobi menanam tumbuhan besar. Jadi, anda boleh jadikan mini kaktus ini sebagai tumbuhan hiasan di rumah. Selain kaktus, aku juga pengemar pokok orkid, tapi disebabkan tak ada tempat nak gantung, terpaksa la letak dalam pasu besar dengan arang dan sabut. Hmm.

Masa ni la, mula berangan-angan, bila dah kerja nanti boleh buat rumah di kawasan kampung. Hehe..

2 Komentar untuk "Tanam Kaktus Kalau Malas Bela Pokok"

Kita dulu selalu bela kaktus , tapi rajin betul dia mati. So , konklusi. Jangan bela lagi. Hahahaha. :P

pernah bela dulu , tapi mati . huhuu

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info