Di saat barangan meningkat harga, masih ada gerai yang menawarkan jualan serendah RM2 untuk setiap hidangannya. Kedai makan ini menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat yang menghargai saiz hidangan dan keenakkannya walaupun ditawarkan pada harga serendah itu.
Uhm!.. sukar sebenarnya untuk kita percaya, tapi kedai makan ini benar-benar wujud dan lokasikanya di Jitra, Kedah iaitu laluan lebuhraya Changlun.
Pemilik gerai ini, Rohaya Md Desa, 44 tahun, ibu kepada lima orang anak berkata, hidangan yang ditawarkan di gerainya seperti nasi goreng, nasi ayam, pulut ayam, bihun sup, laksa, mi goreng, mi rebus, maggi goreng dan kuew tiaw goreng, kesemuanya di jual dengan harga RM2 sahaja setiap satu.
Menarikkan? bahkan minuman pula dijual dengan harga RM1, manakala kopi O dan Teh O panas boleh didapati dengan harga 50sen sahaja.
Kedai Makan RM2 Jitra Kedah
Menurutnya lagi, harga yang ditawarkan ini membolehkan golongan miskin dan kurang kemampuan juga dapat menikmati hidangannya. Dan beliau tidak kisah jika keuntungan yang diperolehinya sedikit, dan perniagaannya pernah jatuh masa kegawatan ekonomi tahun 1998.
Makanan yang paling mendapat perhatian pelanggan adalah ayam goreng Changhai yang dijual dengan harga RM1.
Untuk anda yang menggunakan laluan lebuhraya Changlun, jangan lupa untuk singgah ke kedai makan RM2, yang terletak di luar perkarangan rumahnya di Kampung Changhai Jalan Sintok Lama dekat Changlun.

4 Komentar untuk "Kedai Makan RM2 Jitra Kedah"
Port makanan murah macam ni memang jadi sasaran student. Makanan yang murah ni memang kegemaran student, sedap atau tak sedap menu tu belakang kira. Kalau gerai ni berikan sajian yang lazat, itu memang satu rahmat yang besar buat para student. Hehe
hah betul.... janji ley jimat duit. sedap ke tak belakng kira
Wow...betul-betul jimat ni.
Usaha macam ni yang ohsem yang patut dilakukan oleh kebanyakkan peniaga. Tapi berapa ramai yang berfikiran macam ni. Kepujian untuk owner kedai ni.
boleh tahan murah . kena pergi ni
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.