Perjalanan Seni Ungku Ismail Aziz

Perjalanan Seni Ungku Ismail AzizUngku Ismail Aziz atau lebih selesa dipanggil Is merupakan seorang pelakon dan pengarah drama yang berkaliber.

Siapa sangka, pelakon yang mempunyai ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom, ini memilih bidang seni sebagai kerjaya sepenuh masanya. Huh! bukan calang-calang artis dia ni, berpendidikan tinggi pula tu.

Mari kita lihat sedikit latar belakang beliau...

Biodata Ringkas Ungku Ismail Aziz
  • Nama penuh : Ungku Ismail Bin Ungku Aziz
  • Nama panggilan : Is atau Ungku Ismail
  • Tarikh lahir : 26 Disember 1985
  • Umur : 30 tahun (2015)
  • Tinggi : 180cm 
  • Kerjaya ; pelakon, pengarah drama dan penulis skrip
  • Karektor : suka memerhati dan berfikir
Antara drama yang pernah dilakonkan  beliau adalah Terlanjur Mencintaimu,Apabila Kau Tersenyum, Sutun 2, Dunia Baru, Saka Jentayu,Kashaf Imani ,Cici & Roy, 3 Janji,Cinta Si Bunga Tembam,Tetamu Rindu, Antara Garisan, SyurgaMu Ramadhan dan jangan lupa drama adaptasi novel terbaru iaitu Teman lelaki upahan yang mula ditayangkan 9 Feb 2015 ini.

Perjalanan Seni Ungku Ismail Aziz

Perjalanan Seni Ungku Ismail Aziz

Menurut Is, dia mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan setelah diperkenalkan oleh bekas pensyarahnya, Prof Jamaludin kepada ketua produksi drama & filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab. Kerna Prof-nya mengetahui bahawa beliau sangat berminat dengan lakonan.

Drama pertama yang dilakonkan beliau ialah "Dunia Baru" sebagai watak pembantu. Kemudian rezeki masih menyebelahinya kerna berjaya mendapat tawaran untuk drama "Sutun 2"  yang diterbitkan oleh Abang Ezad. Sejak dari itu, saya mula belajar menulis skrip daripada Abang Ezad dan dalam masa setahun lebih saya menimba ilmu untuk mengarah drama daripada dia,” katanya. 

Tidak semestinya anda mempunyai pendidikan dalam bidang tersebut, bermakna anda bakal bekerja dalam bidang itu. 


3 Komentar untuk "Perjalanan Seni Ungku Ismail Aziz"

Wah... Nur Ikaa memang peminat filem dan drama. semuanya dikupas dengan begitu baik terhadap Ungku Ismail dan filem-filem yang beliau lakonkan.

memang minat drama adaptasi ni... tp nie salah stu tknik seo...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info