Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan

Sinopsis Drama Teman Lelaki UpahanHoho... drama terbaru yang mengantikan drama istikharah cinta iaitu drama teman lelaki upahan, juga diadaptasikan dari sebuah novel karya Azura Rasiddin.

Bagi yang nak tahu semua kandungan episode drama ini, boleh dapatkan novel - teman lelaki upahan dengan harga RM 30 (SM) dan RM33 (SS) serta diskaun RM3 bagi pembelian online di - Karya Seni.

Drama arahan Azma Aizal Yusuf dan diterbitkan oleh Primework Studios dengan tayangan 28 episode. Menampilkan barisan pelakon antaranya, Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Izara Aisyah, Izreen Azminda, Fazlina Ahmad Daud, Haidar dan ramai lagi.

Nak tahu sama ada drama ini sehebat drama adaptasi novel yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk tonton drama lelaki upahan bermula 9 Feb 2015, jam 7 malam di TV3, dari Isnin-Khamis.

Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan

Drama bersiri teman lelaki upahan ini mengisahkan tentang El, pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia lakonan Elizad Sharifuddin.

Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, El terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam.

Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan

Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia.

Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung.

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?


1 Komentar untuk "Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info