TopUp Maxis Dikenakan GST

Hoho.. bukan setakat good and services kena GST, top up Maxis pun dikenakan GST. Kalau tak silap aku, dulu pernah sekali mereka menwar-warkan kad prabayar ada cukai. Kalau anda beli topup RM5, maka dibayar RM5.30. Tertiba tak jadi, mana-mana kedai yang buat jualan macam tu, boleh diadukan pada pihak berkenaan.

Satu surat yang dikeluarkan oleh Maxis Mobile Service Sdn Bhd tersebar dan menjadi viral di laman sosial. Semua pengguna, mula beri respon dan pandangan berkenaan perubahan harga jualan kad prabayar selepas pelaksanaan GST pada April depan

Namun, sejauhmana kebenaran surat yang tersebar luas di laman sosial ini.

Top Up Maxis Dikenakan GST 

TopUp Maxis Dikenakan GST

Menurut surat yang dikeluarkan 4 February itu, menjelaskan harga jualan kad prabayar akan dikenakan caj GST 6% mulai 1 April 2015 ini. Maknanya, berapa nilai harga kad topup anda beli, 6% dari jumlah itu adalah GST. 

Surat itu juga menyeru agar ambil maklum dengan perubahan harga jualan kepada rakan pernigaan Maxis.

Bagaimana pun, kad top up atau tambah nilai bagi Celcom, Digi, Umobile, Alcatel dan lain-lain masih belum mengeluarkan sebarangan kenyataan tentang perubahan harga jualan ini.

Jadi apa pandangan anda? Uhmm....

0 Komentar untuk "TopUp Maxis Dikenakan GST "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info