Biodata Ringkas Cristina Suzanne Stockstill

Cristina Suzanne Stockstill atau juga dikenali sebagai Kris Cempaka adalah anak kacukan Jerman dan Melayu. Jika anda perasan, beliau pernah melakonkan watak Raihana iaitu ibu angkat kepada Baby dalam drama Baby Ana Milik Siapa bersama pelakon mantap Hairul Azreen.

Anak kedua dari tiga adik beradik ini memulakan kerjaya sebagai pelakon ketika berlakon dalam sebuah telefilem arahan Erma Fatima yang bertajuk Cermin Pada Bulan dengan memegang watak sebagai Jay, dan ketika itu Cristina baru saja berusia 19 tahun.

Biodata Ringkas Cristina Suzanne StockstillBiodata ringkas Cristina Suzanne/Kris Cempaka
  • Nama : Cristina Suzzane Stockstill
  • Umur : 30 Tahun (2015)
  • Tarikh Lahir : 22 Januari 1985
  • Asal : Johor Bahru, Johor
  • Kerjaya : Pelakon dan Model
  • Twitter : @Cristina Stockstill 
  • Fb Pages : @Cristina Suzzane Stockstill
  • IG : @cristinastockstill
Pernah Berkerja Sebagai Pramugari MAS

Sejak berusia 18 tahun, beliau mengamalkan sikap berdikari dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel, menjaga kafe siber dan pelayan restoran sebelum berkhidmat sebagai seorang pramugari. Ketika itu, beliau menetap dengan nenek di Kuantan, Pahang dan tidak dibenarkan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Perkara ini berlaku kerana nenek dan ibunya risau akan keselamatan beliau dan hanya diizinkan bekerja tidak jauh dari rumah.

Pada suatu hari, bapa saudaranya telah menasihati serta membantu beliau untuk menjadi seorang pramugari dengan mengisi borang permohonan. Akhirnya, beliau dipilih untuk menghadiri temuduga. Semasa menghadiri temuduga tersebut, beliau merupakan satu-satunya pemohon yang hadir tanpa solekan, sekadar memakai bedak dan secalit gincu yang diperolehinya secara percuma. Beliau memakai baju dan seluar yang dipinjam daripada sepupunya. Akhirnya, beliau terpilih untuk bekerja sebagai seorang pramugari untuk syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Kerjaya beliau dalam bidang ini telah membuka mata dan fikirannya terhadap banyak perkara seperti menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat.

Biodata Ringkas Cristina Suzanne Stockstill

Wataknya yang cantik dan comel ini membuat beliau berjaya membawa apa saja watak, walaupun sebagai budak sekolah dalam drama Baby Ana Milik Siapa. Jangan lupa untuk menonton drama terbaru beliau, Puteri Bukan Nama Sebenar dalam slot Zehra setiap Jumaat jam 9 malam di TV3...

Pandai dia bawa watak bersahaja malam nie kan...

Sumber : Wikipedia

    1 Komentar untuk "Biodata Ringkas Cristina Suzanne Stockstill"

    suka tgk dia berlakon dlm cite KIL

    Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

     
    Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
    Template By. Catatan Info