Kenali Milo Tiruan Di Pasaran

Kenali Milo Tiruan Di PasaranKenali milo tiruan di pasaran. Rakyat Malaysia hari ini dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli produk milo di pasaran.

Baru-baru ini wujudnya produk Milo tiruan yang didakwa telah dijual di pasaran selepas tersebarnya video individu yang sedang mengisi paket Milo yang dijalankan di rumah sendiri bukannya di kilang.

Berikutaan itu, pihak berkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, KPDNKK berjaya merampas produk Milo tiruan tersebut dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin Negeri Sembilan.

Beza Packaging Milo Tiruan dan Asli

Kenali Milo Tiruan Di Pasaran

Orang ramai mula bimbang sekiranya terbeli produk Milo tiruan ini di pasaran.

Untuk itu, Milo Malaysia menerusi laman facebooknya, memaklumkan cara mudah untuk mengetahui perbezaaan antara Milo asli dan Milo tiruan berpandukan pada cara bungkusannya.

"Bungkusan produk Milo tulen dibungkus dan dipotong mengunakan mesin. Oleh itu bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerisi yang jelas atau sempurna."

Bungkusan untuk produk tulen lain juga sama seperti di atas kerana dipotong menggunakan mesin. Jadi diharapkan semua pengguna berhati-hati ketika membeli produk ini.

Mungkin saja, ada juga produk lain yang belum terbongkar.. siapa tahu.


4 Komentar untuk "Kenali Milo Tiruan Di Pasaran"

wahhh milo pun ada yang asli dan yang tulen?

Thanks sebab melawat blog saya... tengah lawat awak balik... hehhehe

selain milo, banyk lg benda lain yg dah di klon

risau pulak kalu terbeli milo tiruan nih =(

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info