Tonton Dan Baca Online Drama Hati Perempuan

Tonton Dan Baca Online Drama Hati PerempuanDrama Hati Perempuan bakal menyinari petang anda dalam slot Akasia bagi mengantikan drama popular Teman Lelaki Upahan. Bermula pada 30 Mac 2015, jam 7petang di TV3.

Drama terbitan Creative Skills, arahan Kas Roshan ini juga merupakan sebuah drama yang dipetik dari sebuah novel dengan tajuk yang sama, karya Nur Ain Al-Abbas.

Adakah drama terbaru sehebat drama gilaan peminat sebelum ini? Kita nantikan saja...

Sedikit sinopsis Hati Perempuan - Mengisahkan pengalaman lalu yang dilalui oleh Yuhanis mengajarnya tentang erti perbezaan taraf hidup.

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. 

Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada lelaki yang menjadi pujaan ramai. 

Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?  

Tonton Dan Baca Online Drama Hati Perempuan

Baca Novel Hati Perempuan Online


Untuk bacaan online bahagian seterusnya Novel Hati Perempuan, boleh lihat dibawah;
  • Novel Hati Perempuan - Bab 2
  • Novel Hati Perempuan - Bab 3
  • Novel Hati Perempuan - Bab 4
  • Novel Hati Perempuan - Bab 5
Atau layari Penulisan2u.. juga anda boleh membuat pembelian novel ini secara online dengan harga RM27 (sm) dan RM30 (ss), serta diskaun sebanyak RM3.00.

Harap-harap drama ni dapat menghilangkan kerinduan penonton pada EL dengan Kyra Lydia la ye...hehe
1 Komentar untuk "Tonton Dan Baca Online Drama Hati Perempuan"

tengok sikit je petang tadi . hehee

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info