Terbeli Buah Harum Manis Palsu

Terbeli Buah Harum Manis PalsuTerbeli buah Harum Manis palsu. Entri ini diterbitkan khas untuk pengemar harum manis terutamanya kepada mereka bukan dari Perlis yang teringin untuk membeli dan merasai sendiri kemanisan dan keenakan Harum Manis Perlis.

Jangan terkejut, andai aku katakan ada sesetengah perniaga yang cuba mengambil kesempatan kepada pelanggan dengan menjual buah mempelam lain dengan harga semahal harum manis. Masa beli, mereka bagi kita cuba rasa sendiri buah mempelam tu, kita pun percaya sebab rasanya manis dan beli selagi larat siap dengan tempahan jiran-jiran tertangga lagi.

Balik rumah buah, kita makan dan rasanya tidaklah semanis harum manis yang gembar gemburkan tu. Sedangkan buah yang anda beli itu bukannya harum manis. Jadi berhati-hati semasa membeli.

Bagaimana Mempelam Harum Manis Sebenar?

Sekarang musim mangga, rata-rata perniaga berlumba-lumba menjual buah mangga. Jadi tak hairanlah kalau korang nampak perniaga jual tepi jalan je. Tapi adakah itu buah harum manis?

Terbeli Buah Harum Manis Palsu
Terbeli Buah Harum Manis Palsu
Mempelam Harum Manis sipa untuk dipos

Hah bagaimana rupanya buah harum manis?

Hoho... tertiba rasa nak makan mempelam harum manis pula sekarang. Bersayap lagi la duit aku. Okep! mempelam harum manis mempunyai isinya yang tidak terlalu keras, rasanya sangat manis. Kalau di Perlis ni, kami makan bersama pulut dan berkuah santan, alaaa macam makan pulut durian tu hah.

Nama pun harum manis, jadi semasa nak beli pastikan anda dapat merasai aroma yang enak dihidu. Buah lain pun ada bau juga, tapi mempelam harum manis ni bau dia lain sikit.

Untuk keselamatan, better masa nak beli bawalah kenalan yang orang Perlis atau tahu ciri-ciri mempelam harum manis supaya anda tidak ditipu bulat-bulat dengan perniaga yang sebegini.

Hurmmm.. apa pun jemput makan harum manis ye.

1 Komentar untuk "Terbeli Buah Harum Manis Palsu"

Salam singgah sini...
Ada jugak harum manis palsu yea... Macam-macam cara peniaga nak kaut keuntungan...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info