Biodata Ringkas Bella Nazari

Biodata ringkas Bella Nazari. Agaknya ramai yang kurang mengenali nama Bella Nazari sebelum ini, tetapi selepas drama Hati Perempuan berjaya menarik 4juta penonton, maka gadis yang memegang watak jahat sebagai Ku Amalin dalam drama tersebut mula dikenali ramai.

Kalau dilihat ramai yang membenci watak Ku Lin, ini bermakna watak jahat yang dibawa oleh Bella Nazari, 28 tahun ini sangatlah menjadi. Antara drama lain yang pernah dilakonkan beliau adalah Takbir Zulaikha.

Bella Nazari Mentor Musim Pertama 2005

Biodata Ringkas Bella Nazari

Biodata Ringkas Bella Nazari

Bella Nazari merupakan anak kedua dari tiga adik beradik dan memiliki diploma dalam jurusan muzik dari UITM. Kemudian, Bella pernah terpilih sebagai peserta program realiti mentor musim pertama tahun 2005 iaitu protege kepada Noraniza Idris. Setelah berakhirnya mentor, Bella kembali menyambungkan pengajiannya di peringkat ijazah dalam jurusan Public Administration, UUM dan berasal dari Kangar, Perlis (kurang pasti).

Dia juga pernah berkhidmat di sebuah bank. Antara kerjayanya sekarang adalah model, pelakon dan penyanyi, juga memiliki bisnes sendiri yang diusahakan bersama rakannya.

Tentang wataknya, Ku Lin, Bella menggambarkan dia seorang yang “nak apa, dia akan dapat. Karektornya agak melampau. It’s quite challenging untuk membawa watak itu lebih-lebih lagi untuk seorang newbie seperti saya. Maklum balas dari penonton, 99% semua benci Ku Lin. Malah keluarga dan kawan-kawan saya pun terkejut melihat pembawaan saya.”

Biodata Ringkas Bella Nazari

Apa pun semoga Bella Nazari terus berjaya dalam bidang lakonan yang beliau ceburi ini. Untuk drama akan datang, cuba bawa watak baik pula... hehe

Selamat membaca.
2 Komentar untuk "Biodata Ringkas Bella Nazari"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info