Drama Hati Perempuan Episode Akhir

Drama hati perempuan episode akhir. Maka tamatlah sudah drama hati perempuan yang hampir setiap episode bergaduh, menangis, merajuk dan sebagainya. Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya apakah Tengku Zaril akan berpisah sebab isterinya Yuhanis, sukar mempercayai suaminya sedangkan kata-kata Ku Lin mudah pula dia termakan?

Jadi terjawap sudah dalam drama Hati perempuan episode akhir hari ini.

Sinopsis Drama Hati Perempuan Akhir

Drama Hati Perempuan Episode Akhir

Ku Lin bersubahat dengan Nazim dan menghantar orang-orang mereka ke rumah Tengku Zaril untuk membunuh Yuhanis, semasa ketiadaan Tengku Zaril dan keluarganya. Yuhanis ditumbuk di perut, dan cubaan merogol Yuhanis gagal selepas Tengku Zaril sempat pulang ke rumah. Yahunis keguguran akibat kejadian tersebut.

Ku Lin cuba melarikan diri ke luar negara tetapi gagal, kerana polis sedang memburunya. Itu tidak membuatkan Ku Lin insaf tetapi tetap mahu membunuh Yuhanis demi mendapatkan cintanya terhadap Tengku Zaril. Akhirnya Ku Lin dan Nazim berjaya diberkas polis.

8 tahun kemudian.... anak-anak mereka pun membesar, Yuhanis dan Tengku hidup bahagia dan gembira. Tamat.

Drama Hati Perempuan Episode Akhir

“Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-8, sayang. Semoga kebahagiaan ini menjadi hiasan hidup kita hingga nafas terakhir. Kasih sayang dan pengorbanan Hanis melahirkan Aryan dan Airis merupakan hadiah paling berharga buat abang. Abang harap, Hanis sentiasa sabar berada di sisi abang. Tetap bertahan walaupun pelbagai dugaan datang mencabar. Abang akan tetap menyayangi dan mencintai Hanis hingga bila-bila. I Love you Yuhanis"

Nak tonton drama hati perempuan episode 28 akhir, lihat sini - Tonton online drama Hati Perempuan 28 episode.

Terima kasih membaca.
0 Komentar untuk "Drama Hati Perempuan Episode Akhir"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info