Kenyataan Media Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

Kenyataan media sebab sijil halal Secret Recipe ditarik balik. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya sehinggakan sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat Secret Recipe ini ditarik balik? Pasti ramai yang tertanya-tanya. Ada juga yang mengeluarkan kenyataan palsu, kononya bahan yang digunakan syarikat makanan tersebut mengandungi bahan terlarang.

Pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah menarik balik Sijil Halal yang diberikan kepada Syarikat Secret Recipe pada 7 Mei yang lalu. Penarikan Sijil Halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan dibuat oleh Syarikat berkenaan. Serta mematuhi piawaian halal Malaysia.

Kenyataan Media Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Dan dikongsikan di laman facebook Jakim.

Kenyataan Media Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik
Kenyataan Media Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

Okep. Dah baca dengan teliti sebab mengapa Sijil Halal Secret Recipe ditarik balik. Sekali lagi aku jelaskan, disebabkan berlaku pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan GMP (good manufacturing pratice) yang serius. Bukannya disebabkan oleh kesalahan penggunaan bahan yang Haram. Jelas sudah kan?

Huh! ini bermakna makanan di Secret Recipe masih lagi Halal. Selama Secret Recipe ada di Perlis, rasanya baru dua kali aku makan disitu. Itu pun masa pertama orang belanja, dan kedua beli kek coklat yang memang sedap sangat.

Bagi orang muslim. Mencari yang Halal itu fadhu. Jadi, sebagai pengguna kena rajin semak, jangan hanya tahu menghentam yang halal dikatakan tak halal. Sedangkan benda yang terang-terang Haram pun, buat tak tahu je.

Apa pun terima kasih kerana membaca.
















0 Komentar untuk "Kenyataan Media Sebab Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info