Sumbangan Shopping Raya Projek Iqra' 2015

Shopping raya 2015, merupakan satu projek kebajikan yang dijalankan oleh satu badan amal bukan kerajaan (NGO) iaitu diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia. Matlamat utama penubuhan ini adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan seperti golongan anak yatim, fakir miskin dan juga asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra'.

Sumbangan Shopping Raya Projek Iqra' 2015

Projek Iqra'

Projek Iqra' merupakan projek-projek membantu untuk memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak remaja dirumah kebajikan (anak-anak yatim, miskin dan asnaf) serta keluarga yang kurang berkemampuan.

Projek tajaan shopping raya 2015 adalah acara tahunan dilaksanakan oleh pesatuan ini bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan.

Tujuan dan Objektif Shopping Raya 2015

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada orang ramai untuk berbakti kepada golongan asnaf ini menerusi projek Iqra'. Selain dapat membaca anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena menyambut lebaran tahun ini.

Secara ringkasnya, acara ini berhasrat untuk;
  1. Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  2. Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  3. Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  4. Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  5. Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.

Sumbangan Shopping Raya Projek Iqra' 2015

Cara Membuat Tajaan Shopping Raya 2015 Projek Iqra'

Ok. Sebarang tajaan atau ingin menyumbang seberapa nilai dalam projek Iqra' ini, anda boleh mengikut langkah-langkah seperti dibawah ini.

Nilai tajaan : RM200
Akaun : Maybank
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
No Akaun: 5648-1050-4003
Email: info@projekiqra.com
No Tel: 019-2175597 (Bendahari – Suhaimi Abdul Manan)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk terus kepada -  Projek Iqra'



0 Komentar untuk "Sumbangan Shopping Raya Projek Iqra' 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info