Mark Adam, merupakan anak kelahiran Filipina yang menetap di Malaysia sejak tahun 2000 lagi selepas mengikat kontrak untuk menyanyi di sebuah hotel. Antara lagu popular yang menaikkan nama Mark Adam, adalah Pencuri dan Katak. Walaupun tajuk lagu yang dibawa agak pelik tetapi lagunya mempunyai aura tersendiri. Sekali dengar berkali-kali replay.
Biodata Ringkas Mark Adam
Nama asalnya di Filipina adalah Mark Echivarre atau Mark Adam, kemudian beliau memeluk Islam kira-kira 10 tahun yang lalu selepas berkahwin dengan gadis tempatan dan menggunakan nama Islam sebagai Fikri Mark Adam. Dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu City, Filipina dan kini berusia 36 tahun (2015).
Pada awalnya ramai yang menganggap Mark Adam adalah artis tempatan, tetapi selepas menebual dia sendiri, baru kita tahu beliau dilahirkan dan dibesarkan di Filipina tetapi menempah nama di Malaysia. Tambahan lagi, beliau masih belum fasih berbahasa Melayu dan lebih selesa menggunakan bahasa inggeris ketika bercakap.
Mark Adam Guru Vokal Artis
Walaupun makin mendapat tempat dalam bidang seni suara, Mark masih lagi bertugas sebagai guru vokal di The Singing Shop, Petaling Jaya. Pernah belajar di Salonga School of Music, Cebu City, Filipina, Mark juga pernah menuntut di Australian Guild of Music.
Jelas Mark, dia tidak garang ketika mengendalikan kelas vokal. Ini kerana dia lebih suka sesuatu yang kasual dan tidak terlalu formal ketika bersama pelajarnya agar suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Untuk mengikuti perkembangan Mark Adam, boleh ikuti beliau di laman instagram - MarkAdam1079
Terima kasih membaca.

1 Komentar untuk "Perjalanan Seni Mark Adam Sebagai Penyanyi"
jujur rasanya tak perasan lagu mark adam yang mana, nak kena dengar ni nanti...
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.