16 Gambar Pernikahan Hairul Azreen - Hanis Zalikha

Gambar pernikahan Hairul Azreen - Hanis Zalikha. Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru Hairul Azreen bersama blogger dan juga pelakon terkenal tanah air Hanis Zalikha. Akhirnya segala teka-teka tentang percintaan mereka sudah terbukti. Selepas Hairul melamar Hanis di pentas konsert live Gegar Avanza awal tahun 2015 lalu.

16 Gambar Pernikahan Hairul Azreen - Hanis Zalikha

Kedua pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis di rumah pengantin perempuan, di Bukit Jelutong pada 5 Jun 2015 jam 3.50 petang, selepas solat Jumaat kemarin.

16 Gambar Pernikahan Hairul Azreen - Hanis Zalikha

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi, menerusi laman Myspace. Kemudian mereka terputus hubungan, dan ditemukan semula dalam industri. Itulah kata orang, kalau dah jodoh tak kan ke mana, pasti bertemu kembali....

16 Gambar Pernikahan Hairul Azreen - Hanis Zalikha

Dalam majlis yang serba ringkas ini, Hanis Zalikha menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak RM91,019,90... simbolik kepada tarikh kelahiran pengantin perempuan iaitu 9 Oktober 1990.... Ehh.. sebaya la kita kan.... Serta pihak perempuan menyerahkan 11 dulang hantaran dan dibalas dengan 11 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki.

Boleh tahan juga wang hantaran tu... 

Pernikahan Hairul Azreen - Hanis Zalikha

16 Gambar Pernikahan Hairul Azreen - Hanis Zalikha

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Hanis Zalikha iaitu Zainal Rashid Bin Mohd Zain dan saksikan oleh Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, iaitu Ustaz Mohd Syuhud Razali.

Pasti tertanya-tanya bilakah tarikh resepsi pasangan ini kan? Okep. Majlis resepsi mereka akan diadakan pada 14 Jun 2015...

Semoga hubungan yang dibina ini akan terus teguh dan utuh walau dibadai ribut dan taufan. Dan perhubungan yang terjalin ini akan kekal hingga ke Jannah... Insya Allah... Amin.


3 Komentar untuk "16 Gambar Pernikahan Hairul Azreen - Hanis Zalikha"

Hanis Zalikha junior tak sama kos dengan sy masa study kat johor dulu. Orang tinggi lampai...kalau pergi kelas selalu gak terserempak dgn dia. Lagi satu dia ni beauty with brain...sama2 dgn sy pemegang biasiswa JPA dlu...

Bertuah la dapat biasiswa JPA... saya dulu terlambat mohon...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info