5 Tips Mudah Elak Jadi Mangsa Penipuan Online

Elak jadi mangsa penipuan perniaga online. Pembelian barangan secara dalam talian (online) sudah menjadi gaya hidup masyarakat masa kini, ramai pengguna lebih memilih cara berkenaan.... Jika dilihat memang ianya sangat mudah, cepat dan menjimatkan terutama bagi mereka yang sibuk bekerja... sehinggakan tiada masa untuk bershopping.

Lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan ini, ramai yang akan memilih kaedah ini... Pembelian secara online pasti meningkat berkali-kali ganda dengan pelbagai produk dan promosi yang ditawarkan oleh perniaga untuk menarik pelanggan mencari keperluan sempena Aidilfitri nanti.

5 Tips Mudah Elak Jadi Mangsa Penipuan Online

Harga Barangan Lebih Murah

Trend pembelian dalam talian ini dilihat lebih ketara sejak tiga tahun yang lepas... semakin ramai yang mengemarinya... termasuklah saya sendiri. Dari sudut positif... kita boleh nampak harga jualan dalam talian jauh lebih murah daripada harga di luar... lepas itu barangan yang di tempah pun akan sampai di muka pintu dengan perkhidmatan Pos Laju...

Mudah kan?

Sebut saja apa yang diingini... tudung, pakaian, kosmetik, barangan elektronik, barangan bayi.. segala-galanya ada. Yang penting tak perlu bersesak di pusat membeli-belah dan meredah kesesakan jalan raya, semuanya boleh dibeli hanya di hujung jari dan akan sampai terus ke tangan pembeli.... Huh! senangnya hidup ini...hehe

Ditipu Perniaga Dalam Talian (Online)

Dalam keghairan membeli secara online, anda nasihatkan supaya berhati-hati membuat pembelian supaya tidak menjadi salah seorang daripada mangsa penipuan online. Sejak trend peniaga dalam talian ini popular di laman sosial facebook, instagram, blog dan sebagainya... Ramai yang berpusu-pusu menjadi usahawan online...

Tak salah mencari duit tambahan untuk diri sendiri... tapi yang salah itu mencari rezeki dengan cara menipu orang lain, kononnya menjual produk itu dan ini.... Bila bayaran sudah dibuat... barangan tidak sampai ke tangan pembeli.. Banyak kes tuntunan yang direkodkan melibatkan kes transaksi pembelian secara online.

Hmmm... walaupun ada segelintir yang mengambil langkah berhat-hati tetapi masih ramai yang mengambil mudah ketika berbelanja... Untuk itu aku kongsikan 5 tips mudah elak jadi mangsa penipuan perniaga online...
  1. Baca testimoni pembeli. Sebelum membuat keputusan membeli, lihat dulu testimoni daripada mereka sudah membeli... agar kita tahu perniaga ini benar-benar menjual produk yang baik dan berkualiti.
  2. Survey. Survey bukannya pada harga saja, tapi survey sekali kredibiliti perniaga. Periksa sama ada penjual itu boleh dipercayai atau tidak.
  3. Utamakan COD dari pembelian pos. Jika barangan yang hendak dibeli itu harga mahal, lebih selamat bersemuka dengan perniaga berbanding pembelian pos. Boleh belek-belek dulu barangan...
  4. Jangan membeli di laman web yang meragukan. Maksudnya barangan yang dipamirkan jauh lebih murah berbanding harga pasaran.. mungkin kualitinya rendah atau sekadar gambar.
  5. Tengok latar belakang penjual. Pastikan ada nombor pendaftaran dengan SSM, nombor telefon dan sebagainya yang boleh dipercayai.
Okep. Setakat ini saja tips yang dapat saya kongsikan. Mungkin anda ada lagi tips yang tidak saya senaraikan di sini. Sila kongsikan bersama.... sekurangnya kita dapat membantu rakan-rakan dari terpedaya dengan perniaga online ini...

Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.



2 Komentar untuk "5 Tips Mudah Elak Jadi Mangsa Penipuan Online"

Saya pernah di tipu sebanyak RM??? kerana begitu ghirah nak dapatkan kereta sebelum raya lalu dimasukkan duit doposit sebagai syarat untuk proses pemohonan pembelian kereta tanpa dokumen. Sampai sekarang masih belum dapat balik deposit tersebut.

Nom telefon dah tak boleh dihubungi lagi...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info