Biodata Farah Ann Abdul Hadi Gimnastik Malaysia

Biodata Farah Ann Abdul Hadi Gimnastik MalaysiaFarah Ann Abdul Hadi... namanya mula menjadi sebutan dan viral di media sosial selepas kemunculan dalam acara gimnastik di Sukan SEA yang berlangsung Singapura 2015 mewakili Malaysia... Rasanya tak perlu untuk aku jelaskan sebab mengapa dia dikritik nitizen.... mungkin ada yang sudah tahu. Berikutan itu... membuatkan kemenangannya dalam acara gimnastik dengan merangkul pingat emas bukan lagi suatu kebanggaan tetapi sebaliknya.

Untuk isu ini, bagi aku orang ramai jangan terlalu cepat menghukum... memang agak sedikit sedih, seorang gadis beragama Islam berpakaian yang sangat menjolok mata dan menjadi tontonan ramai. Jika difikirkan semula, kenapa baru hari ini, pakaian ahli gimnastik dipertikaikan, sedangkan dari dulu hingga sekarang masih belum ada perubahan... Mengapa tidak ditukarkan kepada pakaian yang lebih longgar... atau hadkan penyertaan untuk gadis beragama Islam menyertai gimnastik.... hmmm

Biodata Farah Ann Abdul Hadi Gimnastik Malaysia

Biodata Farah Ann Abdul Hadi Gimnastik Malaysia
Biodata Farah Ann Abdul Hadi Gimnastik Malaysia

Berikut adalah biodata ringkas gimnastik Malaysia ke Sukan SEA 2015 yang sedang berlangsung di Singapura:

Biodata Ringkas Farah Ann Abdul Hadi

Nama Penuh:  Farah Ann Binti Abdul Hadi
Umur: 21 Tahun (2015)
Tarikh Lahir: 3 Mei 1994
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Asal: Kuala Selangor
Pendidikan: Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sunway University College
Kareer: Ahli Gimnastik Malaysia
Ketinggian: 1.61m(5′ 3”)
Sumbangan: Pingat Emas dalam Gimnastik Sukan SEA 2015 Singapura

Apa pun tahniah buat atlet gimnastik Malaysia atas kejayaan beliau menambah bilangan pingkat emas bagi Sukan SEA mewakili Malaysia bagi tahun 2015 ini.

p/s : harap akan ada pembaharuan pakaian untuk ahli gimnastik lepas ini...


0 Komentar untuk "Biodata Farah Ann Abdul Hadi Gimnastik Malaysia"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info