Ibu Tiri Dan Bapa Mangsa Dera Berjaya Diberkas

Ibu tiri dan bapa mangsa dera adik Yaya berjaya diberkas. Bak kata perpatah, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga", itu ungkapan yang boleh diumpamakan pada mereka ini. Sejak dua hari lalu, kes dera ibu tiri menjadi tajuk hangat di ruang-ruang akhbar dan laman sosial.

Ramai nitizen meluahkan rasa marah dan sedih terhadap sikap seorang bapa yang sanggup membiarkan anak kandungnya menjadi mangsa deraan ibu tiri... Mana hilangnya sifat pelindung seorang bapa kepada anak-anak, sampai anak yang belum mengenal erti kehidupan didera sehingga patah tulang belakang, rusuk dan juga pinggul.

Ibu Tiri Dan Bapa Mangsa Dera Berjaya Diberkas

Berikut adalah info terkini menerusi akhbar online mengenai tertangkapnya ibu tiri dan bapa kandung bagi siasatan lanjut berhubung kes penderaan sehingga menyebakan kecerderaan serius yang dialami oleh adik Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5 tahun.

Ibu Tiri Dan Bapa Mangsa Dera Berjaya Diberkas

PASIR MAS 29 Jun - Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes dera kanak-kanak berusia lima tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen / Majistret Rashid Mustapa di Kompleks Mahkamah Pasir Mas, di sini hari ini.

Kedua-dua suspek yang merupakan ibu tiri serta bapa kandung mangsa disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Wanita berkenaan berusia 25 tahun manakala suaminya berusia 39 tahun ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu kira-kira pukul 9 malam tadi.

Kejadian dera membabitkan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, terbongkar selepas ibu kandungnya yang mengambil alih hak penjagaan mendapati badan kanak-kanak itu dipenuhi parut dan kesan lebam, selain keadaan fizikalnya yang lemah.

Pemeriksaan lanjut mendapati Nur Zuliana Zaara mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di bahagian rusuk, tulang belakang serta pinggul yang sembuh sendiri tanpa menerima rawatan sempurna dalam tempoh tiga hingga enam bulan. - UTUSAN ONLINE.

Tak apa sebenarnya yang hendak saya katakan.... cukuplah sekadar adik Yaya mendapat pembelaan yang sewajarnya.

3 Komentar untuk "Ibu Tiri Dan Bapa Mangsa Dera Berjaya Diberkas"

ni bukan bapak... tp ni BABI.. muka mak tirinye lawa.. tp otak mcm .... entahlah.. aku rasa.. babi pun syg anak... xthu nk gmbrkn apa depa ni.. bodo piang...

Jangan la nk samakan mamat ngn minah ni ngn babi...dorg ni lagi hina dari babi

sampai hati buat anak tiri mcm tu... sikap mcm ni la bagi nama buruk pada semua mak tiri.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info