Patah Tulang Belakang, Rusuk Dan Pinggul Didera Ibu Tiri

Luluh. Ribut. Taufan. Itulah perasaan yang boleh digambarkan selepas melihat penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak berusia lima tahun ini. Belum lagi mengenal erti kehidupan, sedangkan dirinya masih memerlukan perlindungan dan kasih sayang dari ibu dan ayah... Namun apa lagi yang dikatakan, jika seorang bapa sanggup membiarkan anak yang lahir dari benihnya diperlaku dan diseksa oleh ibu tirinya tak ubah seperti haiwan.

Nur Zuliana Zaara Zulkifli atau lebih mesra dipanggil "Yaya" kini dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II sebaik saja, Yaya dihantar kepada ibu kandungan melalui orang tengah. Daripada itu disyaki bahawa Yaya telah didera oleh ibu tirinya selepas melihat badan kanak-kanak malang dipenuhi dengan kesan lebam dan parut serta dalam keadaan lemah.

Patah Tulang Belakang, Rusuk Dan Pinggul Didera Ibu Tiri

Patah Tulang Belakang, Rusuk Dan Pinggul Didera Ibu Tiri

Ini adalah berita yang disiarkan pada 28 Jun 2015 menerusi akhbar online Kosmo... berkenaan Yaya didera oleh ibu tirinya yang kini menjadi berita hangat di akhbar-akhbar utama.

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diperlakukan tidak ubah seperti binatang apabila dipercayai diseksa dan didera oleh ibu tirinya sendiri sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk serta paha sebelum dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak setahun lalu.

Mangsa, Nur Zuliana Zaara Zulkifli turut dipukul apabila tubuh kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan parut, malah luka terbaharu ditemui di kepalanya, apabila kulit kepala mangsa didapati terkoyak akibat didera.

Rahsia mengenai kekejaman suspek dikatakan terbongkar selepas ayah mangsa dan ibu tirinya enggan menjaga Nur Zuliana atau mesra dipanggil Yaya sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28 di Rantau Panjang pada Rabu lalu.

Sana berkata, doktor telah mengesahkan Yaya didera selepas mendapati terdapat kesan parut di badannya malah, mendedahkan terdapat kecederaan lama tulang patah iaitu pada tulang belakang, rusuk dan paha.

“Kejamnya mereka, selepas Yaya didera, dia dibiarkan kesakitan tanpa rawatan kerana menurut doktor tulang-tulang yang patah itu sudah bersambung sendiri, tetapi tidak dirujuk ke hospital menyebabkan bahagian belakang badan Yaya berhampiran pinggang membengkak".

“Malah, akibat penderaan itu Yaya turut tidak lagi boleh berjalan secara normal dengan badannya sedikit bongkok dan kakinya pendek sebelah,” katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik Kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini semalam. - Kosmo Online.

Bagaimana pun, usaha mengesan bapa kandunga dan ibu tiri kanak-kanak malang itu dijalankan dengan segera. - Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim.

Kes ini katanya, disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001

Dah dah berjaya tangkap nanti, kenakan hukuman yang setimpal buat pesalah ini.... itu baru hukum dunia, hukum akhirat nanti menjawaplah.

0 Komentar untuk "Patah Tulang Belakang, Rusuk Dan Pinggul Didera Ibu Tiri"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info