Sinopsis Cinta Karan Zul Ariffin - Ayda Jebat

Cinta karan (full episode). Haa.. ini adalah salah satu drama yang bakal hangat ditayangkan menerusi portal rasmi tonton.com. Ditayangkan mulai 25 Jun 2015, setiap hari Khamis, bermula jam jam 11 pagi. Ia merupakan drama eksklusif dari tonton.com dengan anjuran ShengHeng Malaysia.

Drama Cinta Karan ini menampilkan gandingan pelakon drama terhangat Astro iaitu Zul Ariffin dan Ayda Jebat dan beberapa barisan pelakon lain. Huish... murah sungguh rezeki mereka dalam dunia lakonan nie kan... apa pun tahniah buat mereka. Mari kita lihat sinopsis bagi drama ini.

Sinopsis Cinta Karan Zul Ariffin - Ayda Jebat

Sinopsis Cinta Karan Zul Ariffin - Ayda Jebat

Drama Cinta Karan mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul (Zul Ariffin) dengan Aida (Ayda Jebat). Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama lain dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula.

Setiap kali Zul cuba untuk menyaikan isi hatinya, setiap kali jugaklah dia dikenakan lagi oleh Aida. Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Senheng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan.

Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida…???

Cinta Karan Ep. 1

Semasa sama-sama belajar di Universiti yang sama, Zul yang memulakan adegan kena-mengena dengan tujuan untuk menarik perhatian aida agar menyedari kehadirannya di Universiti tersebut. Zul sebenarnya menaruh hati dalam diam terhadap Aida dan cara terbaik untuk menarik perhatian Aida ialah dengan mengenakan Aida. Hari itu Zul dengan tidak sengaja telah menumpahkan makanan ke atas kepala Aida dan ini membuatkan Aida berang dan memahari Zul dan kawan baiknya Bob. Aida dan rakan-rakannya merancang untuk membalas dendam ke atas Zul dan Bob. Berjayakah Aida??

Nak tahu kisah selanjutnya? Sila tonton menerusi pautan ini - Cinta Karan Tonton.com.

Selamat menonton.

0 Komentar untuk "Sinopsis Cinta Karan Zul Ariffin - Ayda Jebat"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info