Minuman berkarbonat sangat popular di kalangan masyarakat hari ini terutamanya golongan muda, yang sering berkunjung ke premis makanan segera. Ketika ramadhan pula, ada juga yang membeli berbotol-botol minuman berkarbonat ini sebagai hidangan ketika berbuka... tak terlepas juga abang saya. Kadangkala risau juga melihat dia minum air karbonat ini tanpa tambahan air putih. Selain rasanya yang sedap.... ia juga mudah untuk dihidangkan hanya letak ais, dah pun boleh minum....
Lebih membimbangkan bila mana air karbonat juga menjadi daya antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuklah sekolah rendah. Kanak-kanak apa la sangat mereka yang tahu.... janji sedap itu yang mereka suka.... dan akan kerap membelinya.
Minuman Berkarbonat Penyebab Diabetes Kronik
Ini kisahnya seorang pemuda yang dulunya memiliki berat badan mencecah 100kg, kini berubah kepada 39kg... Ikuti kisah selanjutnya di bawah ini:
Kuantiti Gula Dalam Minuman Berkarbonat
Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula
tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang.
Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000
kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200
kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.
Sedangkan, satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.
Jadi, ambik iktibar daripada berita di atas..... kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Selamat membaca.
Lebih membimbangkan bila mana air karbonat juga menjadi daya antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuklah sekolah rendah. Kanak-kanak apa la sangat mereka yang tahu.... janji sedap itu yang mereka suka.... dan akan kerap membelinya.
Minuman Berkarbonat Penyebab Diabetes Kronik
Ini kisahnya seorang pemuda yang dulunya memiliki berat badan mencecah 100kg, kini berubah kepada 39kg... Ikuti kisah selanjutnya di bawah ini:
BUKIT MERTAJAM – Tiada siapa menyangka seorang pemuda yang pernah mencapai berat badan 100 kilogram (kg) suatu masa dahulu kini menderita akibat penyakit diabetes yang kronik.
Malah, Khairul Helmi Roslan yang baru berumur 25 tahun itu juga menderita penyakit berkenaan hanya kerana kegemarannya meminum air berkarbonat sehingga menyebabkan dia kini kurus kering dengan berat badan hanya 36 kg.
Penyusutan mendadak berat badannya itu juga menyebabkan tiada lagi keceriaan pada wajah Khairul Helmi yang kini terpaksa menumpang kasih adik perempuannya di Kampung Tok Panjang, dekat sini sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, sejak dua tahun lalu sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu, selera makannya mula berkurangan dan berat badannya juga menyusut sehingga kurus kering.
Malah keadaannya amat menyedihkan kerana kadang-kala hanya mampu terlantar di rumah akibat penyakitnya itu dan terpaksa dipapah oleh adiknya, Nurul Athirah, 24.
“Dulu badan saya pernah mencecah 100 kg malah saya dikategorikan berbadan besar tapi sihat dan mampu bekerja sebagai operator kilang dekat Perai.
“Namun segalanya berubah pada 2012 apabila saya disahkan menghidap diabetes yang kronik menyebabkan berat badan menyusut serta kini hanya mampu terlantar di rumah dan dijaga oleh adik perempuan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Tambahnya, sejak ibu bapanya berpisah, ibunya, Rosmah Sulaiman, 44, berkahwin lain dan kini menetap bersama bapa tirinya dan hanya sesekali datang menjenguknya di rumah.
Jelas Khairul Helmi, biarpun sedih dengan nasib yang menimpanya namun, dia reda dan pasrah atas ketentuan itu.
“Kalau dapat diputar kembali masa, saya mahu kembali sihat macam dulu dan tinggalkan amalan buruk suka minum air berkarbonat yang menjadi punca penyakit ini,” ujarnya.
Sementara itu, rakannya, Mahazan Mohamad, 34, berkata, dia tidak menyangka Khairul Helmi menjadi kurus akibat menghidap penyakit yang kronik kerana menyangka rakannya itu selama ini mengamalkan diet.
“Memang saya terkejut apabila dimaklumkan yang dia menghidap diabetes kronik kerana saya sangka dia hanya berdiet. Apapun saya tetap akan berada di sisinya dan memberi sokongan agar dia kembali sihat.
“Selain itu saya berharap ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Khairul Helmi untuk membiayai rawatannya,” katanya. – Utusan Online.
Kuantiti Gula Dalam Minuman Berkarbonat
Sedangkan, satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.
Jadi, ambik iktibar daripada berita di atas..... kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Selamat membaca.
0 Komentar untuk "Minuman Berkarbonat Penyebab Diabetes Kronik"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.