Iklan Raya Astro "Tiada Noktah Untuk Kemaafan" 2015

Iklan raya Astro "tiada noktah untuk kemaafan" sangat menyentuh hati dan emosi saya. Dah tengok? Ia merupakan kisah benar yang dijadikan sebagai drama pendek bersempena dengan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tak lama lagi. Saya baru saja tonton menerusi perkongsian rakan di facebook. Hurmm.. sapa pula kupas bawang pagi-pagi ni....

Iklan ini diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati untuk melupakan segala sengketa lama, serta mengupas pengertian sebenar "kosong-kosong". Iklan pendek yang diterbitkan oleh Astro ini benar-benar menyentuh hati saya, terpalit sedikit kerinduan buat arwah ayah yang tercinta. Walaupun iklan ini hanya berdurasi selama 2.01 minit, tetapi maksud dan penyampaian sangat jelas hingga menembusi hati penonton.

Iklan Raya Astro "Tiada Noktah Untuk Kemaafan" 2015

Iklan Raya Astro "Tiada Noktah Untuk Kemaafan" 2015

Siapa yang belum tengok, pastikan menonton sehingga babak terakhir... di mana keinginan Herman untuk menemui ayahnya yang sudah lama terpisah akhirnya termakbul. Ia menampilkan jalan cerita daripada kisah benar seorang bekas penagih dadah bernama Herman dan ayahnya. Herman adalah seorang insan normal pada mulanya, kesan daripada pengambilan dadah membuatkan Herman hilang keupayaan untuk berjalan dan bercakap.

Dan iklan raya Astro ini telah menjadi viral di laman sosial facebook. Rata-rata berkongsi rasa sedih dan kerinduan buat ayah masing-masing. Mari tonton iklan raya Astro "tiada noktah untuk kemaafan" 2015 ini. InsyaAllah, kita akan dapat sesuatu dengan menontonnya..


Ia menampilkan elemen nilai kemaafan dalam menempuh realiti hari. Jika anda mengikut setiap iklan terbitan Astro... belum pernah lagi iklan berunsur keluarga diterbitkan sebelum ini kan. Jadi keunikan dan nilai pengertian komersial ini terserlah dengan penampilan Herman sendiri yang ingin memohon maaf kepada bapanya, setelah sekian lama tidak berjumpa.

Tak ada manusia yang dilahirkan tanpa sejarah lampau... dan sebab itu pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya....

#kosongkosongye!

0 Komentar untuk "Iklan Raya Astro "Tiada Noktah Untuk Kemaafan" 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info