Pakcik Misteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TM

Azura dan #PakcikMisteri - Iklan raya Aidilfitri dari TM. Nampaknya TM juga tidak mahu ketinggalan untuk melancarkan iklan raya mereka. Sudahkah anda tonton iklan raya penuh keinsafan dari Astro - Tiada noktah untuk kemaafan 2015.. dan juga iklan raya lucu dari BSN - Pengacau Raya. Jika belum.. anda boleh klik pada pautan yang saya berikan itu.

Mari sama-sama kita sumbangkan syiling bersama #PakcikMisteri dan Azura menerusi iklan raya yang disediakan oleh Telekom Malaysia ini. Haa.. anda tidak perlu mengeluarkan walau sesen pun cuma.. anda hanya perlu tonton iklan raya tersebut dan kemudiannya anda akan lihat beberapa arahan meminta anda untuk klik-klik...

#PakcikMisteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TM

Okep. Pertama sekali anda perlu pergi ke pautan ini - https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ dan setiap klik anda bersamaan satu syiling yang akan sumbangkan. Haa.. klik anda mampu mengubah Syawal bagi mereka yang memerlukan. Lebih banyak klik anda, lebih banyak sumbangan anda kepada mereka.

#PakcikMisteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TM

Inilah anda jumlah syiling yang terkumpul setakat jam ini (8.40 pm)...

Dah? Tak perlu daftar.. tak perlu login.. Hanya masuk ke pautan tersebut kemudian tonton video iklan raya dari TM itu. Arahan klik-klik akan terpapar mengikut situasi tertentu dalam iklan tersebut. Berikut adalah screenshot bagi babak-babak dan situasi yang meminta anda untuk klik-klik.. Seronok tau!


Pakcik Misteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TMPakcik Misteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TM
Pakcik Misteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TM

Oh! ya. anda boleh ulang seberapa kali yang mahu, tiada sebarang had tau. Sumbangan yang terkumpul ini akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih seluruh Malaysia. Jom kita bantu Azura dan Pakcik Misteri kumpul syiling ini...

Mari kawan-kawan... Saya sudah, anda pula bagaimana?

Semoga sumbangan ini dapat melahirkan senyuman buat mereka sempena syawal nanti. Kumpul syiling anda dengan klik-klik Raya PakcikMisteri TM.



2 Komentar untuk "Pakcik Misteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TM"

Best plak min tekan2 iklan TM ni, dah mcm main game walking dead plak rasenye haha. Btw, Selamat Hari Raya buat tuan blog :)

betul.. betul.. macam main game lak.. makin laju tekan makin byk mata... HAHA syiok pula rasa

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info