Mood Malas Update.. Punca Blog Terbengkalai

Mood malas update.. punca blog terbengkalai. Uishhhh.... pasti anda perasan kan? Semakin hari blog ini semakin kurang menghidupkan entri berunsur panduan dan ilmuan bukan? Apa dah jadi dengan penulis blog Bakul2011.com ni... apakah minat berblogging dah semakin pudar... Hmmm.

Walhal sebelum ini, boleh dikatakan dalam sehari pasti akan ada 1-3 entri yang fresh dalam pelbagai bentuk pengolahan cerita. Apa kan daya, semenjak saya bekerja sepenuh masa.... masa bersama blog semakin dicemburui.... Iye laa.. balik kerja terus terfikir untuk rehatkan badan dan kepala. Dah tentulah perkara utama yang terlintas di kepala saya adalah katil.... Hehe.

Kiranya blog dah jadi second karrier saya... dan lubuk pendapatan tambahan bulanan saya.

Mood Malas Update.. Punca Blog Terbengkalai

Tertiba rindu pula zaman kegemilangan mendapat trafik harian yang cukup tinggi... hampir 10K pageview dalam sehari. Huh! apa kan daya, sekarang nak dapat 6K pageview pun dah susah. Kalau 5K pageview pun sebab ramai yang mencari keyword biodata artis.

Nak konsistenkan trafik blog harian, cuba update entri yang tak lampuk dek masa. Macam saya katakan tadi, entri berkaitan biodata artis, cara jana pendapatan online....

Baca di sini - foto terkini Janna Nick heroin Syurga Nur

Tak update tak ada trafik,... tak ada trafik maka kuranglah pembaca.... bila tak ada pembaca tak ada laa income.... tak payment maka pokailah poket blog... Huhu

Jadi untuk korang... jangan ikut cara saya, rajin-rajinlah update blog walaupun secara auto publish... jika blog anda penyumpang pendapatan bulanan.

Jadi motivasikan diri... InsyaAllah saya akan cuba juga curi masa untuk teruskan berblogging sampai ke anak cucu. Hehe.

Selamat malam wahai pembaca budiman.

4 Komentar untuk "Mood Malas Update.. Punca Blog Terbengkalai"

okeilah, blog yang dah memang trafik tinggi malas, kalau belum trafik tinggi pun malas, hahahaha...ni baru nak aktif balik, so nak belajar lagi nak dapat pendapatan melalui blog, sebelum ni sibuk dengan kehidupan seharian, apatah lagi dalam pengajian....campur pulak aktif dengan aktiviti sukan...langsung tak dapat nak hadap laptop lama2...

blog saya pun terbengkalai minggu ni. demam teruk. harap boleh cover balik hoho

sama la kita... dulu sibuk dengan pelajaran... terabai juga la blog ni. sekarang sibuk dgn kerja pun bersawang blog bakul2011 ni.. Aishhh lepas ni bertambah sibuk lagi... Hmmm

sekarang musim demam. Saya pun dah 2 hari rasa moody nie hah. Semoga awak kembali sembuh cepat... happy blogging

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info