Pendaftaran dan permohonan Mylesen 1Malaysia. Rasanya pasti ramai yang ternanti akan pendaftaran dan permohonan untuk program mylesen 1rakyat 1lesen. Borang kini sudah boleh dimuatnaik secara online atau dalam talian menerusi portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Anda boleh mengisi borang pendaftaran dan permohonan Mylesen 1Malaysia ini di pautan berikut - Program Mylesen 1Malaysia
Pendaftaran Dan Permohonan Mylesen 1Malaysia
Untuk membuat permohonan, terlebih dahulu anda perlu pastikan syarat-syarat yang disertakan dipenuhi. Jika tidak, anda mungkin dikira sebagai tidak layak untuk memohon.
Borang Permohonan Mylesen 1Malaysia
Syarat Kelayakan Untuk Memohon
- Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Memiliki Mykad / Polis / Tentera / MyPR
- Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan
- Tiada senarai hitam Mahkamah, JPJ dan Polis
- Borang MyLesen yang lengkap diisi
- Salinan fotostat Mykad / Polis / Tentera / MyPR
- Borang permohnan ujian undang-undang jalan raya (bahagian 1) Lisan yang telah diluluskan (bagi permohonan buta huruf atau lembam sahaja)
Maklumat lanjut rujuk terus ke pautan ini - JPJ Malaysia
0 Komentar untuk "Pendaftaran Dan Permohonan Mylesen 1Malaysia"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.