Pengalaman Pertama Menjalani Temuduga Kerajaan

Pengalaman pertama menjalani temuduga Kerajaan. Apa yang boleh saya katakan, perkara utama yang perlu anda lakukan sebelum datang ke temuduga adalah membuat persiapan rapi. Banyakkan membaca tentang isu semasa, nama penuh menteri dan yang paling penting skop kerja serta latar belakang syarikat yang anda temuduga tersebut.

Walaupun soalan yang diajukan bunyi macam mudah, tanpa pengetahuan anda pasti rasakan ianya sangat sukar untuk dijawap.

Alhamdulillah, saya dapat menjawapnya dengan baik. Tapi ada lagi yang lebih baik dari saya. Risau kan?

Pengalaman Menjalani Temuduga Kerajaan

Sebelum itu saya nak kongsikan terlalu banyak temuduga kerja kerajaan dan ujian bertulis yang sedang berjalan dalam bulan ini daripada pelbagai jabatan kerajaan. Antara RISDA, Majlis Pembandaran Seberang Perai, Majlis Pembandaran Kemaman dan banyak lagi.

Pengalaman Pertama Menjalani Temuduga Kerajaan

Bagi yang terlalu ramai pemohonan, anda akan dikenakan ujian bertulis. Bagi yang kurang, anda akan dipanggil terus ke temuduga. Untuk ujian bertulis pula, dalam satu dewan ada 600 orang yang akan menjalani ujian secara bertulis... dan hanya mereka yang mendapat markah 90% ke atas berjaya dipanggil temuduga.

Huh! memang susah, semua yang datang menjawap terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik.. ada yang SPM, STPM, Diploma, Ijazah malah ada juga yang Master sepertimana ujian bertulis yang dijalankan oleh Majlis pembandaran Kemaman hari ini... bagi jawatan Pembantu Tadbir/Operasi N17.

Hmm... risaukan....

Dan hari ini juga berlangsungnya temuduga kerajaan juga bagi jawatan Pembantu Tadbir/Operasi N17 di pejabat RISDA Negeri Kedah. Seramai 31 orang untuk sesi disebelah pagi... dan sebelah petang saya kurang pasti.

Ringkasnya sebelum menjalani temuduga kerajaan, pastikan anda mempunyai persedian yang cukup. Jika mahu menjadi yang terbaik dan petah berkata-kata ketika disoaljawap.... saya syorkan anda dapatkan - Pakej Persediaan Temuduga Pembantu Tadbir.

Alhamdulillah, dengan tips-tips yang diberikan saya dapat menjawap dengan baik dan lancar tanpa rasa nebes dan was-was sedikit pun. Memang berkesan betul la.



Rugi kalau anda pergi temuduga tanpa adanya persediaan. Mana tahu dalam 50 calon yang dipanggil temuduga, anda yang paling bagus dalam menjawap soalan walaupun dari segi akademik... anda hanya serta sijil SPM yang cukup-cukup makan saja.

Saya cuba kongsikan, nak berjaya atau tidak hanya anda yang dapat mengubahnya. Sekian

1 Komentar untuk "Pengalaman Pertama Menjalani Temuduga Kerajaan"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info