Roti Canai Hipster Pelbagai Warna

Roti canai hipster pelbagai warna.  Selain nasi lemak, roti canai adalah menu popular untuk sarapan pagi turun temurun bagi masyarakat Malaysia. Atas desakan pasaran, ada sesetengah peniaga yang menjual roti canai bukan hanya sebagai juadah sarapan pagi, malah juga untuk makan petang dan juga malam. Jadinya populariti roti canai ini meningkat dan membuatnya dijual tak kira waktu.

Sedap oooo.. makan roti canai bersama teh tarik atau teh panas. Perghhh! melampau kenikmatan yang dirasai tu.

Tapi...

Itu saya yang dulu laa, sekarang setiap individu kena jaga dan hitung kalori pemakanan yang diambil setiap hari, supaya masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia dapat dicegah dengan berkesan. Kalau kita sendiri tak cegah, siapa lagi mahu cegah kan? Mahu ke gemuk.. selulit sana sini...

So kalau tak mahu! ...lakukan senaman ringan setiap hari. Paling mudah, kemas satu rumah setiap hari... kan dah dapat dua kali ganda manfaat iaitu rumah bersih.. badan pun sihat.

Roti Canai Hipster Pelbagai Warna

Sekarang kecoh pula di laman sosial dengan penjualan roti canai hipster pelbagai warna. Setiap warna tersebut mempunyai rasa yang berlainan... Huh! rare tak roti canai ni?

Roti Canai Hipster Pelbagai Warna

Roti canai hipster pelbagai warna dikongsikan oleh pengguna facebook Shasheela Rizqi. Lokasinya di Kg Mak Lagam Kemaman, Chukai. Roti canai meriah ini mempunyai tiga warna dan dan rasa yang berlainan.

Warna biru... ada rasa vanila
Warna hijau... ada rasa pandan
Warna kuning... ada perisa pisang
dan warna pink... ada perisa errr.... kurang pasti

Nampak! ada keunikan apabila sedikit inovasi diberikan kepada juadah popular ini. Namun ada juga netizen yang menyuara pendapat bahawa bahan kimia dalam pewarna itu boleh mendatang penyakit kepada si pemakan, meski pun cantik dan menarik.

Haish.... tak warna warni pun roti canai tetap berpenyakit dek kerana kalorinya yang tinggi. Hmm

Terima kasih kerana membaca.


2 Komentar untuk "Roti Canai Hipster Pelbagai Warna"

comelnyaaaa tp mcm takut je nak makannn

cantik!! tapi tak taulah selera ke tak yuyu nk makan. Burger mayonis pink pon susah nk telan..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info