Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Di Hutan Dijumpai Selamat

Dua orang kanak-kanak orang asli yang hilang di hutan hampir sebulan lebih pada 23 Ogos yang lepas, hari ini dijumpai dalam keadaan selamat walaupun susuk badan mereka terlalu kurus. Kesemua mereka yang hilang adalah seramai 7 orang... dua mayat telah dijumpai semalam.. dan hari ini satu lagi mayat dijumpai bersama dua kanak-kanak perempuan di tempat mayat rakannya ditemui.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dijumpai adalah lima orang.

Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Di Hutan Dijumpai Selamat

Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Di Hutan Dijumpai Selamat

Kanak-kanak ini merupakan murid sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang Kelantan. Mereka dikatakan melarikan diri dari asrama kerana bimbang akan dimarahi cikgu kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.

Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Di Hutan Dijumpai Selamat

Dan mereka dikhabar melarikan diri ke dalam hutan selepas aktiviti mereka dikesan cikgu dan gagal pulang semula ke sekolah berkenaan. Pelajar terbabit adalah :
  1. Mirsudiar Aluj, 11 (dijumpai selamat)
  2. Noreen Yaacob, 10 (dijumpai selamat)
  3. Ika Ayel, 9 
  4. Sasa Sobrie, 8
  5. Haikal Yaacob, 8
  6. Linda Rosli, 8 
  7. Juvina David
Sementara mayat yang ditemui bersama mereka dibawa ke unit forensik untuk dikenal pasti milik siapa. Manakala sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang ditemui semalam juga dalam proses kenal pasti jantina.

Sekian. terima kasih..
1 Komentar untuk "Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Di Hutan Dijumpai Selamat"

Alhamdulillah, akhirnya ditemui juga

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info