Permohonan Online Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2016

Permohonan online kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun 2016. Dimaklumkan kepada mereka yang berminat untuk kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD) tingkatan 4 bagi ambilan 2016 nanti, permohonan kemasukan secara online sudah pun dibuka bermula pada 2 Ogos 2016 sehingga 30 November 2015.

Permohonan Online Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2016


Permohonan Ke Maktab Tentera DiRaja 2016

Permohonan anda boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian menerusi pauatan yang disediakan ini - Borang permohonan ke MTD 2016.

Permohonan ini terbuka hanya kepada pelajar lelaki tingkatan tiga bagi tahun 2015. Dingatkan sekali lagi, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2016 (Isnin) nanti. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke talian Sel Permilihan MTD - 03-89465565/03-89655562.

Syarat Kemasukan Ke MTD :-
  • Terbuka kepada pelajar lelaki tingkatan 3 tahun 2015
  • Warganegara Malaysia
  • Tinggi minumum : 152 cm
  • Berat minimum : 40.5 kg
  • Body Mass Index (BMI) : 18 - 27
  • Ukuran dada 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
  • Penglihatan - baik  dan  tidak  rabun  warna.  (Jika  berkaca  mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • Memperolehi  sekurang-kurangnya  7A  di dalam  PT3  2015 termasuk  subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Keutamaan  diberi  kepada  calon  yang  aktif  dalam  sukan,  kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
  • Calon-calon  yang  layak  akan  dimaklumkan  status  permohonan  mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu  kedua Januari  2016,  manakala  bagi  calon-calon  dari  Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2016.
  • Hanya  calon  yang  berjaya  dalam  temuduga akan  ditawarkan  mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2016.
Kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat berikut, bolehlah memohon secara online menerusi pautan yang disediakan di atas.

1 Komentar untuk "Permohonan Online Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2016"

Menarik tuh bagi sesiapa yg minat nak jadi askar...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info