Slot Lestary Drama Aku, Kau, Kita

Drama Aku, Kau, Kita merupakan sebuah drama yang diadaptasikan dari sebuah novel dengan judul yang sama karya Orkid Edyliyne. Dilakonkan oleh dua gandingan pelakon yang cukup hebat iaitu Syarul Ridzwan dan heroinnya Janna Nick. Sekali tonton dah terus jatuh hati dengan drama popular ini yang diarahkan oleh Sutradara Azman Yahya di bawah syarikat produkti JS Pictures Sdn Bhd.

 Bagi yang belum lagi menontonnya.. drama ini mula bersiaran pada 28 Oktober 2015, jam 9.00 malam setiap Rabu dan Khamis di TV3 dalam Slot Lestary.

Sinopsis Drama Aku, Kau, Kita

Slot Lestary Drama Aku, Kau, Kita

Drama Kau, Aku, Kita mengisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

Slot Lestary Drama Aku, Kau, Kita
 
Episode : 13 episod
Tarikh  : 28 Oktober 2015 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)
Siaran : Slot Lestary TV3
Novelis : Orkid Edyliyne
Skrip: Rehal Nuharis
Arahan: Azman Yahya @ Jinggo
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Barisan Pelakon: Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria

Selamat menonton...


0 Komentar untuk "Slot Lestary Drama Aku, Kau, Kita "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info