Pabila hati mula berbicara....


Assalamualaikum !~



blog.




Hidup ini tidak akan pernah lari dari masalah,masalah sering bertapak di dalam fikiran dan diri seseorang. Namun tidakkah  kita bisa menangani masalah tersebut dengan sebaiknya. 

Di usia yang sedang meningkat kedewasan, dari kanak-kanak kepada remaja, menjadi dewasa dan berakhir dengan kematian. Di setiap peringkat itulah, hati adalah ketua dia dalam tubuh kita. Apa yang diingini oleh hati, itulah yang dimahukan kita.

Di alam remaja, hati sering kali memberontak, menginginkan sesuatu yang adakalanya sukar untuk didapati. Namun, hati tidak pernah berbohong, walaupun fikiran menentang sekerasnya apa yang diingin hati. Pabila hati mula berbicara tentang sayang, rindu dan suka. Fikiran pula mula bertindak memikirkan cara untuk memperolehnya dan tubuh mula menunjukkan reaksi yang berbeza dari sebelumnya.

Pabila hati mula berbicara tentang kasih, fikiran sering kali melayang memikirkan kata-kata yang dikeluarkan. Namun sekiranya hati mula merasakan sayang yang tidak sepatutnya, fikiran mula mencari penyelesaian. Tidak semua bicara hati yang wujud itu harus dituruti, Mungkin kadangkala bicara itu mendatangkan kebahagiaan, tetapi adakala bicara itu juga menjadi senjata yang memusnahkan hati yang lain.

Hati akan terus berbicara walaupun apa yang diingini sudah dimiliki, kerna hati tidak puas dengan apa dimilikinya. Hati sering kali berbicara tentang cinta dan perasaan. Perasaan cinta yang wujud di hati, kadangkala hanyalah penipuan semata-mata, bagaimana cinta boleh wujud sekiranya mata tidak pernah melihat, itu bukanlah cinta tetapi hanyalah perasaan yang ingin di temani oleh hati yang lain.

Tidak semua bicara yang lahir itu, akan aku turuti, mungkin ini hanyalah kekosongan yang mahu diisi. Tidak semua cinta itu harus dimiliki dan hargailah cinta yang telah wujud daripada cinta baru berputik kerna kita tidak tahu, bahawa cinta yang baru itu adalah sebenarnya cinta ataupun mainan hati semata-mata.




* coretan ini lahir dari jari jemari tuan blog. tiada kaitan dengan sesiapa sekelilingnya
2 Komentar untuk " Pabila hati mula berbicara...."

cinta itu adalah satu perasaan yang misteri..ia boleh wujud tanpa sesuatu yd dicintai itu berada di depan mata..cinta boleh wujud dlm hati kita apabila kita sendiri menghargai, membpercayai atau timbul keyakinan terhadap apa yang kita suka atau cintai itu..

jika mustahil cinta itu wujud dengan tanpa melihat, masakan manusia mencintai Nabi Muhammad SAW yang belum pernah kita bersua muka?

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info