Dilema hati seorang hamba...

Assalamualaikum !~

blog

Malam ini ikaa nak menceritakan sebuah kisah yang boleh dikatakan agak bosan dan ada wujud di sekelilingi kita. Kisah ini mengisahkan tentang percintaan teruna dan dara yang mula berputik di laman muka buku. Nak tahu selanjut..

Ana (bukan nama sebenar) seorang student dan sangat fanatik dengan dunia maya, sehinggakan dia digelar otai dunia siber. Pada suatu hari, sedang asyik bermain facebook, Ana disapa oleh kenalan facebooknya yg dikenali sbg Zul di ruang chatting untuk berkenalan. Ana juga seorang yang mudah berkawan dan peramah, sehinggakan dia sering dicemburui oleh rakan-rakannya kerana ramai lelaki meminatinya kerna sikap ramah tamahnya itu. Namun, hanya lelaki maya yang tidak dikenali itu menjadi pilihannya berbanding jejaka setampan Aoran Aziz pun ditolaknya.

Berputiklah percintaan dunia maya antara Ana dan Zul. Pada mulanya, Zul dimata Ana adalah seorang yang baik, caring, memahami dan boleh dijadikan pendengar keluhan Si Ana. Dengan kata-kata manis Zul di ruang facebook mendambat hati Ana untuk menjadikan Zul kekasihnya. Akhirnya Zul dan Ana mengikat janji menjadi pasangan kekasih walaupun belum bersua muka.

4 bulan, mereka bergelar kekasih maya, akhirnya Zul pulang utk menemui jantung hatinya secara berdepan. Seperti pasangan kekasih yang baru mengenali, masing2 tersipu malu untuk berbual walaupun sudah 4 bulan menjadi kekasih di alam maya. Tepat seperti jangkaan Ana, Zul seorang yang baik dan caring. Maka hati Ana semakin menyayanginya.

Setahun lebih berlalu, Zul mula menunjukkan sikap negatifnya kerana mereka menjalinkan hubungan cinta jarak jauh, di mana Zul di selatan dan Ana di utara. Ana seorang yg setia dan sanggup menerima hakikat bahawa percintaannya tidak spt kawan-kawan kolejnya yang boleh keluar bersama di hujung minggu. Namun baginya, cukuplah Msg, Col dan Skype jadi penghubung rindunya utk Zul. Tetapi sikap Zul semakin hari semakin menjadi, dia tidak lagi mempercayai Ana, serta sering menuduh Ana mengaku atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Oleh sebab, tidak tahan dgn sikap Zul yang suka mendesak dan cemburu buta, Ana mengambil keputusan utk putus.

Ana memutuskan hubungannya dgn Zul, namun Zul tidak dapat menerima hakikat atas keputusan tersebut, sehinggakan setiap hari berpuluh-puluh miscol dan msg di inbox Ana. Zul juga sering memarahi Ana dgn mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan kerana membuat keputusan begitu. Ana menjadi tertekan dgn keadaan tersebut sehinggakan dia tidak dapat menumpukan pada pelajarannya. 

Ana yang dahulunya dikenali dgn sikap periang dan peramah, akhirnya membisu seribu kata. Sehinggakan pada suatu hari, sedang dia mengelamun tentang ugutan bekas kekasihnya itu, datang sebuah kereta dari arah belakang melanggarnya dan jantungnya terhenti disitu. Apabila Zul mendapat tahu kematian Ana, Zul berasa sangat menyesal atas tindakannya itu. Baginya Ana seorang gadis yang banyak mengubah dirinya utk menjadi lebih baik. 


* Kita mungkin akan diketemukan dgn orang yg salah sebelum  menjumpai orang yg merupakan jodoh kita*
4 Komentar untuk "Dilema hati seorang hamba..."

sebelum kita bertemu jodoh kita yang sebenarnya memang betul kita kerap bertemu orang yang salah,sehingga saat tuhan pertemukan kita dengan jodoh kita yang sebenarnya,kita telah siap dengan pengalaman2 sebelumnya dan pastinya kita lebih baik dari kemarin ^^ hehe~ kisahnya ya ampyuunn saya jadi teringat tentang sesuatu.. eheheheh~ teringat masa lalu virtual relationship -.-

This comment has been removed by the author. - Hapus

hurm, hargailah kasih syg seseorg itu..jgn anggap hatinya seperti plstik yg boleh di baling2... Menyesal dhulu tak mengapa tetapi jgn menyesal kemudian dah tak berguna...

Suke entry ni..^.^

Jangan membari harapan jika tiada niat mahu meneruskan :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info